Mr ‘Worldwide Handsome’ BTS Jin diiktiraf Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Asia, Ini Buktinya!

Kepada para peminat kumpulan BTS (Beyond The Scene) tentu mengenali ahli tertua grup tersebut, Kim Seok-jin atau lebih dikenali sebagai Jin.

Dia juga sering menggelar dirinya sebagai ‘Worldwide Handsome’ dalam mana-mana rancangan televisyen. MH sangat kagum dengan keyakinan dirinya itu walaupun kadang-kadang ditertawakan oleh ahli kumpulannya sendiri.

Bagaimanapun, semuanya membuahkan hasil apabila diiktiraf mempunyai wajah tercantik di Asia. Saintifik membuktikan bahawa wajahnya adalah yang terbaik dan mempunyai simetri sempurna.

IKLAN

Wow! Hebat. Adakah ini bermakna Jin sudah mengetahui mengenai perkara ini apabila menggelar dirinya ‘Worldwide Handsome’?

Sementara itu, dalam perkembangan terkini…peminat BTS (Army) dan Taylor Swift (Swifty) bergaduh teruk di Twitter apabila salah seorang peminat Taylor menggunakan komen rasis terhadap grup tersebut.

MH difahamkan bahawa kedua-dua belah peminat ingin menegakkan artis kesayangan masing-masing hingga menyebabkan pergaduhan tersebut.

IKLAN

Namun begitu, semasa Anugerah Billboard Music Awards pagi tadi, kelihatan BTS dan Taylor ceria bergambar dan memuat naik foto tersebut di media sosial masing-masing.

???BTS ??? So great meeting you!! You’re killing it!!

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Foto tersebut membuatkan para peminat menutup mulut mengenai perbalahan mereka. BTS juga turut membawa pulang trofi Top Social Artist Award buat tahun kedua berturut-turut serta membuat persembahan ‘single’ terbaru mereka iaitu ‘Fake Love’.

BTS, merupakan grup Korea Selatan yang sering memecahkan rekod tontonan video paling cepat mencapai angka 1 juta dalam tempoh kurang 24 jam. Ahli-ahlinya terdiri daripada Jin, RM,Suga,J-Hope,Jimin,V dan Jungkook.