
Dunia ratu cantik Amerika Syarikat mencatat sejarah baharu apabila MonaLesa Diamond Brackett diumumkan sebagai Miss New Hampshire USA 2025, sekali gus bakal menjadi peserta berhijab pertama yang bertanding di pentas nasional Miss USA.
Berusia 36 tahun, Brackett sebelum ini mencuri perhatian apabila berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Miss New York USA 2025, menjadikannya wanita berhijab pertama yang layak ke kedudukan lima terbaik dalam pertandingan peringkat negeri di Amerika Syarikat.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Brackett meluahkan rasa syukur apabila had umur yang sebelum ini mengehadkan penyertaan telah dimansuhkan oleh organisasi Miss USA dan Miss Universe, membolehkan beliau kembali bersaing di pentas kecantikan.
“Masih terasa seperti mimpi apabila had umur dihapuskan, membolehkan saya bertanding di Miss New York USA 2025 bulan lalu. Saya masih terkejut kerana pada usia 36 tahun, saya berjaya menempatkan diri di tempat ketiga, mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama berada dalam kedudukan lima teratas di peringkat negeri,” katanya.

BACA JUGA: Ameera Hashwi Tampil Sebagai Ratu Cantik Berhijab Pertama Di Organisasi Miss America
Brackett turut menjelaskan bagaimana peluang baharu terbuka sebagai salah seorang finalis Miss USA 2025 apabila beberapa negeri gagal menganjurkan pertandingan tahun ini, lalu membolehkan beliau menerima tawaran mewakili New Hampshire, negeri bersebelahan tempat tinggalnya.
“Saya memilih New Hampshire kerana warna merah pada bulu burung rasmi negeri itu, Purple Finch, mengingatkan saya kepada arwah ibu saya yang sangat menyukai warna merah,” ujarnya penuh emosi.
Kini bergelar Miss New Hampshire USA 2025, Brackett bakal melangkah ke pentas Miss USA tidak lama lagi, membawa mesej inklusiviti dan keberanian wanita Muslim berhijab di tengah industri yang selama ini didominasi imej kecantikan konvensional.
“Insya-Allah, saya akan menjadi wanita berhijab pertama yang berdiri di pentas nasional Miss USA. Walaupun tempoh persiapan agak singkat, saya teruja untuk kembali membentuk pasukan impian saya,” tambahnya.
Langkah Brackett ini dilihat sebagai satu titik perubahan dalam dunia ratu cantik antarabangsa, hampir sedekad selepas Halima Aden mencipta sejarah pada tahun 2016 sebagai peserta berhijab pertama di pertandingan Miss Minnesota USA.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




