“Momen Yang Ada Kami Isikan Dengan Kemesraan Adik Dan Abang,”- Kata Pak Nil Buat Anuar Zain & Lihat Apa Yang Dibalasnya!

Share

Terbaru, pengacara senior Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dipanggil Pak Nil ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Pak Nil telah berkongsi gambar ketika dia bersama penyanyi Anuar Zain pada majlis sidang media Star Vendor Fest di PWTC, semalam.

Menerusi ruangan kapsyen, Pak Nil telah memaklumkan dia sudah lama tidak bertemu dengan penyanyi Lelaki Ini itu.

“Bila lama tak jumpa. Moment yg ada kami isikan dengan kemesraan adik dan abang. Take good care of yrself lil bro!!! @anuarzain70”tulisnya.

Lantas, perkongsian penyanyi lagu Sedetik Lebih itu telah membalas di ruangan komen gambar tersebut.

“Rinduuuuu…!!! You look great as always Abangku!! Thank you for the wish. Saya doakan sejahtera buat Paknil.. much love!” balas Anuar.

Sudah lama tidak berjumpa tapi bila sekali berjumpa mesti rasa seronok dan gembira? Betul tak?

Foto : Instagram Aznil Hj Nawawi

IKLAN