(#mohonterasa) Michael Ang Dan Sakinah Buat Video Pasal Siapa Tu?

Siapa yang tidak kenal dengan pengarah terkenal Michael Ang yang sentiasa memngeluarkan drama dan filem yang sangat bagus untuk tontonan semua.

Terbaru di akaun Instagram milik pengarah ini, dia ada berkongsi sebuah video dan video itu mendapat perhatian daripada ramai netizen.

Rakaman video tersebut seolah-olah Michael dan pelakon wanita, Sharifah Sakinah sedang melakonkan babak gosip yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Di ruangan komen pula Michael menulis kapsyen bahawa lakonan ini berdasarkan kisah benar.

“Kisah benar! Mcm mcm set drama Malaysia ni! HISH HISH Aku siap buat video terang2 direct to the point punya ni, pun kau org tak fhm ada jugak yg back up yg aku nak kutuk! APOOOOOOO!!!! Takan aku kena sampai buat video apa pendapat aku ttg drama sebabak ni! Meh aku bagi satu clue! Burung tu Jgn suka terbang sana sini n nak hinggap sesuka hati! Duduk diam diam dlm kocek tu sudah! JGN GADUH GADUH SINI TGK VIDEO N GELAK DAH! Tu aje motif aku!,” tulisnya.

Menerusi rakaman lakonan tersebut Michael meminta Sakinah untuk melayan hero dalam drama tersebut kerana hero itu sudah seminggu tidak datang set penggambaran dan sudah lama memendam perasaan terhadap Sakinah.

IKLAN

“Tolonglah aku, hero kau ni dah seminggu taknak datang set sebab kau taknak layan dia. Kau layan la,” dialog yang diucapkan oleh Michael dalam video tersebut.

Jom tengok video penuh daripada perkongsian Michael ini.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen mereka tentang video ini diruangan komen. Ada yang tergelak kerana berasa ianya lucu dan ada juga yang mengecam tindakan Michael ini.

IKLAN

Apapun video lakonan yang dilakonkan oleh Michael dan Sakinah ini memang lucu dengan sikap bersahaja mereka.

Sumber: Instagram Michael Ang