Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan & Halalkan Makan Minum, Fara Mendoza Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Share

Pempengaruh yang juga pelakon, Fara Mendoza berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Fara menerusi hantaran terkini yang dimuat naik menerusi Instagram.

“Assalamualaikum semua. Ya Allah… Alhamdulilah, Fara telah berangkat menunaikan umrah.

“Dengan rendah diri serendah rendahnya, Fara memohan maaf atas kesalahan kepada semua, halalkan juga makan minum.

“Fara terlebih excited sebab first time menjadi tetamu Allah. Korang doakan Fara ya.

“Semoga Allah permudahkan setiap urusan, semoga semua berjalan lancar,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Mengenakan persalinan jubah serba putih, penampilan bertudung litup daripada pelakon drama Raisha 2 ini turut menerima reaksi baik warganet.

Malah tak kurang yang turut mendoakan yang terbaik, mudah-mudahkan proses umrahnya berjalan dengan lancar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN