Seperti ramai yang sudah sedia maklum, tanah air tercinta kita kini sudah berada di bawah pimpinan kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan selepas berjaya menewaskan Parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Nampaknya rata-rata rakyat berpuas hati dengan keputusan PRU14 yang sekaligus mengangkat bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh negara kita.

Ramai yang meluahkan rasa bangga serta berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana mengambil alih pimpinan negara semula dan berharap suara rakyat dapat didengar selepas ini.

IKLAN

Pengarah, Syafiq Yusof yang juga merupakan anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam menerusi akaun Twitternya berharap dengan pemerintahan baru ini, pembikin filem dapat diberi kebebasan untuk berkarya dengan menyentuh isu negara.

‘Mohon Kerajaan Baru Beri Kebebasan Bersuara Pembikin Filem Berkarya Sentuh Isu Negara’ – Syafiq Yusof

IKLAN

‘Mohon Kerajaan Baru Beri Kebebasan Bersuara Pembikin Filem Berkarya Sentuh Isu Negara’ – Syafiq Yusof

MH berharap semoga di bawah pimpinan kerajaan baru ini, pembikin filem dapat diberi kebebasan berkarya seperti yang dinyatakan oleh Syafiq. 

IKLAN

Semoga industri perfileman negara kita lebih maju selepas ini dengan karya-karya yang lebih bermutu tinggi dengan sentuhan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita.

Sumber: Twitter Syafiq Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI