“Mohon Jangan Terpedaya Dengan Berita Palsu…,” – Keluarga & Pembantu Peribadi Yang Jaga, Pencinta Kucing Lega

Share

Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Allahyarhamah Adibah Noor, Cik Todd memaklumkan tanggungjawab menjaga kesemua kucing peliharaan arwah kini digalas sepenuhnya oleh pihak keluarga dan dirinya sendiri.

Menurut Cik Todd, kesemua kucing-kucing tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat baik dibawah jagaan mereka.

“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik dibawah jagaan PA Adibah Noor dan keluarga arwah,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya itu menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter milik Adibah Noor pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Cik Todd turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak mudah terpedaya dengan info-info palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut.

“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut mendoakan segala urusan untuk menjaga kucing-kucing tersebut akan dipermudahkan.

“Waalaikumussalam. Moga Cik Todd juga dalam kesejahteraan.

“Alhamdulillah dan tahniah Cik Todd kerana sambung menjaga kucing-kucing kesayangan arwah. Semoga Cik Todd dimurahkan rezeki.

“Semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan.

“Harap semua dapat dijaga dengan baik. Terima Kasih update Cik Todd. Al fatihah untuk allahyarhamah.

“Happy sangat mendengar cerita kucing kucing sayang,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebelum ini, ada beberapa pihak didakwa cuba mengambil kesempatan dengan meminta bantuan kewangan bagi kerana kononnya ingin mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing-kucing kesayangan Allahyarhamah Adibah.

Sekadar informasi, Allahyarham Adibah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap empat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Adibah Noor & Carian Google

IKLAN