Categories: Uncategorized

“Moga Syurga Tempatmu Hero Bomba,” – Rasai Kehilangan, Para Selebriti Dedikasi Penghormatan Terakhir Buat Bomba Lemas

Share

Berita enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lemas di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong awal malam tadi nyata mengejutkan ramai pihak.

Suasana pilu itu turut dirasai para selebriti yang turut sama menitipkan ucapan takziah buat wira-wira negara tersebut.

MH kongsikan antara doa, harapan dan ucapan mereka buat semua yang terlibat.

Antara selebriti yang paling terkesan dengan perkhabaran ini ialah pelakon, Sharnaaz Ahmad yang mendedahkan dia pernah berkerja bersama ke semua mangsa tersebut semasa pengambaran sebuah drama. Katanya dia pernah bergurau dengan pasukan tersebut selain menyifatkan mereka sebagai unit air yang terbaik di Malaysia.

Dalam pada itu, Datuk Siti Nurhaliza turut menitipkan ucapan takziah buat para ahli keluarga mangsa yang terkorban selain mendoakan semoga jasa mereka diangkat menjadi amalan terbaik disisi Allah S.W.T.

Dalam pada itu, penceramah selebriti, Imam Muda Asyraf menyifatkan pengorbana wira-wira negara ini sesuatu yang tiada tolok bandingnya. Dia juga berharap agar seluruh warga jabatan bomba supaya terus tabah selain meneruskan usaha murni mereka dalam membantu masyarakat.

Sementara itu, pelakon yang sinonim dengan watak seorang bomba, Hisyam Hamid turut mengzahirkan rasa pilunya dengan menyifatkan perkara terakhir yang mereka lalukan sebelum pergi meninggalkan muka bumi ini adalah antara yang termurni yang pernah mereka lakukan.

Beberapa selebriti lain turut menitipkan dedikasi sama.

Ternyata berita ini memberi impak mendalam bukan sahaja kepada para keluarga mangsa malah keseluruhan rakyat Malaysia.

Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terkorban dan semoga jasa mereka akan terus dikenang sampai bila-bila. Al-fatihah.

Foto: Selebriti Terlibat

IKLAN