Berita enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lemas di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong awal malam tadi nyata mengejutkan ramai pihak.

Suasana pilu itu turut dirasai para selebriti yang turut sama menitipkan ucapan takziah buat wira-wira negara tersebut.

MH kongsikan antara doa, harapan dan ucapan mereka buat semua yang terlibat.

Antara selebriti yang paling terkesan dengan perkhabaran ini ialah pelakon, Sharnaaz Ahmad yang mendedahkan dia pernah berkerja bersama ke semua mangsa tersebut semasa pengambaran sebuah drama. Katanya dia pernah bergurau dengan pasukan tersebut selain menyifatkan mereka sebagai unit air yang terbaik di Malaysia.

View this post on Instagram

Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dgn mereka, dan mereka adalah yg terbaik dalam unit di air malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yg sgt terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sgt terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.. sy sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. semoga Allah luaskan kubur mereka, dan jadikan kematian ini syahid yg paling indah buat ke enam enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan asst paling besar negara.. ?

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Dalam pada itu, Datuk Siti Nurhaliza turut menitipkan ucapan takziah buat para ahli keluarga mangsa yang terkorban selain mendoakan semoga jasa mereka diangkat menjadi amalan terbaik disisi Allah S.W.T.

IKLAN
View this post on Instagram

Takziah buat seluruh ahli keluarga pasukan penyelamat, moga jasa bakti mereka diangkat menjadi amalan terbaik di sisiNya. Amiin.#Repost @buletin_malaysia ・・・ #buletinmalaysiaLemas Inilah enam anggota bomba yang mati lemas selepas terbelit tali yang dipakai antara satu sama lain ekoran arus deras ketika operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana, Puchong, Selangor malam tadi. Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Adnan Othman, 33, Mazlan Omarbaki, 24, Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 , Yahya Ali, 25, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. Takziah kepada keluarga keenam-enam ‘hero rakyat’ ini. #kosmo #tragedibombalemas ##pengorbananbomba #herorakyatMalaysia #takziah #alfatihah . Sumber: @kosmo_online

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dalam pada itu, penceramah selebriti, Imam Muda Asyraf menyifatkan pengorbana wira-wira negara ini sesuatu yang tiada tolok bandingnya. Dia juga berharap agar seluruh warga jabatan bomba supaya terus tabah selain meneruskan usaha murni mereka dalam membantu masyarakat.

IKLAN

Sementara itu, pelakon yang sinonim dengan watak seorang bomba, Hisyam Hamid turut mengzahirkan rasa pilunya dengan menyifatkan perkara terakhir yang mereka lalukan sebelum pergi meninggalkan muka bumi ini adalah antara yang termurni yang pernah mereka lakukan.

Beberapa selebriti lain turut menitipkan dedikasi sama.

IKLAN

View this post on Instagram

Alfatihah.. #Repost @ag_azmeer with @get_repost ・・・ Moga roh wira negara dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kekasih Allah.. . Al Fatihah… . Terbelit tali punca 6 penyelam bomba lemas . PUCHONG: Operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong dekat sini malam tadi, bertukar tragedi apabila enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu, lemas akibat terbelit tali di dasar. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam.

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Ternyata berita ini memberi impak mendalam bukan sahaja kepada para keluarga mangsa malah keseluruhan rakyat Malaysia.

Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terkorban dan semoga jasa mereka akan terus dikenang sampai bila-bila. Al-fatihah.

Foto: Selebriti Terlibat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI