“Moga Masih Wany Yang Sama, Moga Lagi Baik Dari Wany Yang Lama,” – Doa Wany Hasrita Ketika Usia Genap 26 Tahun

Share

Semalam, telah berlangusng majlis sambutan ulang tahun penyanyi, Wany Hasrita yang ke-26 tahun.

Mengambil tema tradisional, penyanyi lagu Rintihan Rindu itu tampak ayu menerusi persalinan songket rona merah hati, lengkap dengan aksesori di kepalanya.

Sambil menitipkan rasa terima kasihnya terhadap semua yang mendoakan kesejahteraan, Wany turut memuat naik dedikasi terhadap diri sendiri menerusi Instagram.

“Nurshazwany Hasrita, 26 tahun. Moga masih wany yg sama. Moga lagi baik dari wany yang lama. Love you,” tulisnya ringkas.

Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen turut mengharap dan berdoa agar penyanyi berkenaan sentiasa dirahmati.

Pada masa sama, Wany juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dimajlis anjuran kelab peminatnya itu di Lanaitamu Event Hall, Damasara.

Majlis yang bermula sekitar 8.00 itu turut dihadiri rakan media dan teman selebriti.

Foto: Instagram Wany Hasrita

 

IKLAN