“Moga Kemanisan Rumah Tangga Mereka Berkekalan,”- Telatah Noh-Mizz Nina Main ‘Charade’ Di Airport, Bersemutnya!

Share

Pasangan suami isteri, Noh Salleh dan Mizz Nina kerap kali menjadi perhatian para netizen di media sosial.

Selain daripada kisah penghijrahan, mereka juga sering menyertai misi kemanusiaan di negara-negara bergolak bersama-sama.

Terbaru, pasangan ini sekali lagi tular apabila mereka dilihat seronok bermain ‘charade’ di lapangan terbang sementara menunggu ketibaan pesawat.

Video comel yang dirakam rapper, Altimet itu kemudiannya tular apabila menerima lebih 130,000 tontonan di laman Twitter.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah comel tersebut selain turut mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke jannah.

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh Salleh ketika ini sedang menjalankan misi kemanusiaan di Turki.

Turur sama menyertai misi tersebut termasuk beberapa selebriti lain seperti Aizat Amdan dan Altimet.

IKLAN