“Moga Kehidupannya Selama 40 Tahun Menjadi Terbaik Untuk Alam Akhirat,” – Reda Anak Pergi, Titipan Rasa Ibu Allahyarham Ashraf Sinclair Undang Sayu…

Share

“Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini.” Demikian luahan ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang tenang dan reda menghadapi pemergian anak sulungnya itu.

Khadijah meluahkan perasaan menerusi Instagram miliknya, mengucapkan penghargaannya atas perhatian orang ramai terhadap permata hatinya itu.

Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed

Sinclair. 

“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya. 

Terdahulu,arwah yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Foto:Instagram Dida Sinclair

IKLAN