“Moga Kau Menerima Taubatnya, Diampunkan Dosanya,” – Titipan Amy Buat Arwah Yazit Jentik Jiwa Netizen

Share

Menerusi Instagram, Amy selaku vokalis kumpulan rock lagenda, Search, ada berkongsi foto lama bersama, yang turut merakamkan figura pemain dram mereka, Yazit yang telah pun pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.53 pagi tadi.

Amy Search memuat naik beberapa foto throwback Search ketika di awal kemunculan, yang seterusnya menjetik rasa netizen yang membesar dengan lagu-lagu dari Search.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Yazit Ahmad telah kembali ke rahmatullah 26 Sept 2019.

“Salam takziah buat seluruh keluarga dn Semoga tabah melalui dugaan ini. Ya Allah, Ya Rabb

“Moga Kau menerima taubat nya, ampunkn dosa nya dn di tmpatkan di syurga Mu tanpa hisab. AmeenYRA,” maklumnya menerusi entri terkini di Instagram.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat insan yang telah pergi buat selamanya.

Pagi semalam (Rabu), Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL selepas dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi Taman Melati, Gombak untuk dikafan dan disembahyangkan.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.

Foto: Instagram Amy Search

IKLAN