“Moga Jadi Anak Soleh,” – Baru Berusia 3 Minggu, Rody Kristal Dedah Nama Anak Kedua, Uniknya!

Share

Terbaru, ahli anggota kumpulan Kristal, Rody telah berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Barie Habibullah.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya.

Rody dan isteri, Niena Azman selamat menimang cahaya mata keduanya itu pada 6 Julai yang lalu.

“Tanggal 6.7.20 lahirlah seorang lagi putera ku.. BARIE HABIBULLAH bin MUHAMAD RODI.

“Moga jadi anak yg soleh dan sihat.. nakal mcm abg die ADITHYA JABBAR..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, Rody dan Niena telah mendirikan rumahtangga pada April tahun lalu dah telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adithya Jabbar.

Foto : Instagram Rody Kristal

IKLAN