“Moga Dipermudahkan Majlis…,” – Anak Sulung Kak Rara Nak Nikah, Keluarga & Rakan Sibuk Urus Kerja Kahwin

Share

Bakal terima menantu sulung hari ini, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah dilihat sibuk menguruskan persiapan terakhir menjelang hari bahagia anak sulungnya, Allisya Tahir bersama lelaki pilihan hati.

Terdahulu, Allisya selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya itu, Mac lalu.

Menerusi video yang dimuat naik Shiera yang mesra disapa Kak Rara ini di Instagram, kelihatan ahli keluarga dan sahabat turut sama-sama membantu membuat persiapan kerja kahwin.

Turut kelihatan di dalam video yang dikongsikan ialah pelakon Nina Juren, Aida Aris dan adiknya, Shahrifah Sakinah.

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran terbabit, para peminat turut tumpang gembira selain mendoakan agar majlis raja sehari dipermudahkan.

Sementara itu, bintang berusia 47, berkata, dia bersyukur seterusnya mendoakan yang baik-baik atas pilihan yang dibuat Allisya.

“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.

“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” katanya kepada MH.

Sheira pada masa sama mengharapkan agar perancangan menjelang hari bahagia anaknya itu dipermudahkan.

Artikel Berkaitan;

“Biarlah Walau Gaji Kecil, Tak Apa Tapi Berguna Kepada Masyarakat…,” – Anak Ambil ‘Result’ SPM, Sharifah Shahirah ‘Bebel’ Beri Nasihat

“Happy Anniversary La Yang, Tak Dan Nak Bermacam-Macam Anak Kena ‘Cobid’…,” – Sharifah Shahirah

“Kalau Dia Botak Sekali Pun, Saya Sendiri Pernah Warna Rambut Merah, Pernah Juga Hampir Botak,” – Kak Rara

“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.

“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.

Terdahulu, Allisya yang sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di TV3.

Allisya yang berusia 23 tahun, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN