“Moga Bahagia Sampai Jannah,” – Foto Mesra Bersama Fattah Amin, Figura Terkini Fazura Yang Sarat Hamil Curi Perhatian

Share

Aktres jelita, Nur Fazura ada berkongsi foto bersama suaminya, pelakon Fattah Amin yang sekaligus mencuri perhatian para peminat mereka.

Mengisi masa bersama di Pulau Pinang, penampilan Fazura yang kini sarat hamil lebih enam bulan cukup memulau pandangan, apatah lagi ia turut dirakam bersama suami tersayang.

Menerusi foto yang dikongsikan, bintang Pisau Cukur ini dilihat mengenakan dress labuh polos putih dan Fattah turut memuat naik foto mereka berdua di Instagram miliknya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis memuji selain mendoakan yang terbaik buat pasangan sama cantik sama padan ini.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan pasangan ini mula mendedahkan berita mengenai kehamilan itu, pertengahan April lalu.

Foto: Instagram Fazura

IKLAN