“Moga Allah Mudahkan Urusan, Murahkan Rezeki Untuk Memikul Tanggungjawab Sebagai Ayah Kepada Dua Orang Anak…,”- PU Abu Bakal Timang Anak Lagi

Share

Keterujaan Pu Abu yang akan menerima kehadiran cahaya mata nyata tidak dapat disembunyikan.

Lantas, pemilik nama sebenar Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi itu dilihat telah berkongsi sepotong video imbasan ultra sound bayi dalam perut isterinya, Hana Azraa.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi Instagram awal hari ini.

“Moga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki ku untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah kepada dua orang anak yang bakal jadi pewaris ku.

“Mohon doa yang baik2 ye. Apa pun yg berlaku anak tetap berhak mendapat kehidupan yang baik,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ramai yang menitip ucapan tahniah kepada Abu dan Hana kerana bakal dikurniakan zuriat.

Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain ‘Afini dan bercerai ketika Ain hamil tujuh bulan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar yang kini berusia 3 bulan.

Pada masa sama, Abu mendirikan rumah tangga bersama Hana yang juga seorang janda anak satu.

Sehingga kini, video yang dimuat naik sudah pun ditonton hampir 20,000 kali.

Video : Instagram PU Abu

IKLAN