Biasanya kita lihat model yang cantik tanpa cacat cela akan memperagakan produk Namun, berbeza dengan model dari Sweden iaitu Arvida Bystrom, 26.

Dia telah menjayakan iklan kasut jenama antarabangsa dalam keadaan kakinya yang tidak dicukur dan dipenuhi bulu.Sangat santai!

Malangnya, dia juga mendedahkan dia telah mendapat mesej di Instagram ugutan untuk dirogol dan dibunuh setelah iklan berkenaan diterbitkan.

Perkongsian model Sweden itu telah menerima lebih daripada 34,000 likes. Rata-rata pengikutnya berkata dia sangat hebat dengan konsep sedemikian.

IKLAN

Berani menunjukkan siapa dirinya yang sebenar dan dia tidak mahu berpura-pura untuk kelihatan cantik.

Selain itu, Arvida juga mendapat pujian daripada pengikutnya ramai berani mencabar dirinya untuk sebaris dengan model-model lain yang dianggap sempurna oleh masyarakat.

IKLAN

Malah, jenama Adidas turut memuatnaik gambarnya di Instagram rasmi jenama terkenal itu dengan kapsyen,

“Arvida Byström (@arvidabystrom) is an artist, photographer, model and cyber sensation. Known for her photography, which questions femininity and gender standards using so-called “girly” aesthetics. The #SUPERSTAR Bold Women’s is in stores now.”

Model Dikecam Tak Cukur Bulu Kaki

IKLAN

Bagaimanapun, Ariva juga mendapat komen yang negatif yang mengelarnya gadis paling hodoh yang berbulu.

Arivida bukan pertama kali menerima ancaman terbabit. Malah model berkenaan pernah berdepan dengan kritikan selepas memuatnaik gambar dirinya tanpa mencukur bulu ketiak.

Model Dikecam Tak Cukur Bulu Kaki

Model Dikecam Tak Cukur Bulu Kaki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI