Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mengakui hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial, View Chin bermula setelah pasangan suami isteri itu berpisah.
Perkara tersebut dikongsikan Mira menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Dia pada masa sama turut memohon maaf secara terbuka kepada bekas isteri View Chin, Shermine Hau Ah Moi dan anak-anaknya.
“Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku.
“Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.
Ads
“Bukan semasa mereka mash bersama seperti yang telah tular sekarang,” tulis yang turut dikongsikan di Insta Stories pada akaun yang sama.
Ads
Mira turut menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hubungan penceraian yang berlaku selain menerima segala kecaman dengan hati terbuka.
“Saya tiada kena mengena dengan hubungan perceraian mereka. Saya menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.
“Sekali lagi, saya mohon maaf,” luahnya lagi.
Ads
Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine mencuri perhatian warganet selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan di media sosial baru-baru ini.
Dalam pada itu, View Chin menerusi media turut mendedahkan bahawa dia telah bersedia memeluk agama Islam dan bakal mengahwini Mira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Farid Kamil tetap berharap perkahwinan yang dibina bersama aktres Diana Danielle sejak 11 tahun lalu dapat diselamatkan.
Memetik video yang dikongsikan Hlive!, Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, meletakkan pengharapan itu di tangan Allah SWT selain tidak berhenti mencari keberadaan isteri dan anak-anak.
“11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT.”
“Harapan saya letak kepada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.
“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya.
Sementara itu, Farid juga berkata hubungan komunikasi di antaranya dan anak-anak terputus disebabkan Diana telah menyekat nombornya.
Sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan kedua-dua anak pasangan ini diperdengarkan buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka diberikan kepada Diana.
Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti popular, Ziana Zain mendedahkan dia sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas mereka berpisah sejak lima tahun lalu.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 54, berkata dia juga tidak akan sesekali menjarakkan hubungan Armin bersama empat anak mereka.
“Macam inilah… saya sudah lama maafkan dia (bekas suami). Sebab saya ambil contoh ibu saya. Katanya apa yang orang pada kita sentiasalah memaafkan nak. Nanti (kalau tak memaafkan) akan terbawa-bawa lagi. Nanti ‘bahu kita banyak bawa’. Sebabnya kita pun tak tahu diri kita ni bagaimana.
“Bagi saya, kita kena jadi seorang individu yang sentiasa memaafkan. Ahli agama pun sentiasa berpesan sebelum tidur maafkanlah semua orang. Kita pun tidak sempuna. Bagi saya bila berbuat begitu, kita akan rasa lega.
“Misal contoh kita tidak ada hutang dengan orang. Jadi lebih baik untuk kita jalani kehidupan yang ada sekarang,” katanya kepada MH.
Ziana ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Puncak Kasih itu juga terbuka sekiranya bekas suami dan anak-anak berjumpa kerana baginya, Armin tetap bapa kepada mereka.
“Dengan saya, kami sudah tiada apa-apa, jadi hubungan dengan anak-anak sajalah. Setiap minggu saya selalu tanya mereka sama ada sudah telefon ayah, kerana walau apa jadi dia tetap ayah mereka.
“Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya tidak halang. Cuba kalau orang tak bagi kita jumpa anak-anak kita, mesti kita marah. Tak baik, berdosa,” katanya lagi.
Tambah Ziana, tindakan tersebut dilakukan kerana niatnya tidak mahu anak-anak membesar sebagai anak yang derhaka pada orang tua.
“Saya tak mahu anak-anak saya derhaka pada ibu bapanya. Kita ini contoh pada mereka, jadi kita jangan tanamkan kata-kata negatif dalam fikiran anak-anak kita terhadap bapa mereka.
“Saya mahu anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh perkahwinan mereka berkekalan sampai akhir hayat.
“Jadi saya tiada hal. Saya pula yang bertanya pada mereka ada berjumpa atau tidak. Saya tak mahu regangkan hubungan anak dengan bapa. Jangan kita pisahkan kasih sayang mereka. Itu adalah anak-anak dia. Ya, saya sudah lepas. Cukup,” katanya.
Pada masa sama, Ziana juga bersyukur dengan kehidupan sekarang dan mahu terus berlapang dada.
“Saya tak nak cakap besar, saya gembira dengan situasi sekarang bersama anak-anak, ibu bapa dan adik beradik serta rakan-rakan saya. Masa akan datang, allahualam.
“Saya selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk saya, dalam apa bentuk kita tak tahu. Sekarang saya selesa dengan diri saya. Saya lapang,” katanya lagi.
Imbas kembali, Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 12 Julai 20128.
Dalam perkembangan lain, Ziana bakal membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 6 Mei depan di samping barisan bintang legenda seni suara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menceburi bidang lakonan, terbaharu personaliti media sosial, Ryan Bakery meneroka satu lagi cabang seni baharu bergelar penyanyi pula.
Tampil dengan single pertama iaitu Raya Last Minit kolaborasi bersama Andi Bernadee, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata dia sekadar ingin mewarnai dan memeriahkan lagi industri seni tanah air.
“Mulanya saya agak nervous nak masuk studio rakaman.
“Tapi Andi sangat supportive dan banyak beri tunjuk ajar pada saya.
“Tujuan saya ceburi bidang nyanyian ini pun adalah sekadar untuk mewarnai lagi industri.
“Saya terbuka untuk terima sebarang maklum balas ramai terhadap lagu raya kami ini,” katanya kepada MH.
Ryan ditemui pada majlis pelancaran lagu raya duet bersama Andi berjudul Raya Last Minit yang diadakan di Ibis Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi lanjut mengenai kolaborasi itu, Ryan senang bekerja dengan Andi yang disifatkan sama-sama masuk air seperti dirinya.
“Kami berdua memang cepat ngam, Andi pun jenis masuk air (gila-gila) juga.
“Kalau nak tahu penggambaran muzik video lagu ini pun hanya mengambil masa sehari sahaja untuk diselesaikan.
“Memang senang bekerja dengan produksi ini, semuanya dipermudahkan.
“Raya Last Minit ini pun saya suka genre lagu-lagu satira dan humor yang diselitkan menerusi naskhah ini.
“Lagu ini menceritakan situasi persiapan raya last minit. Semua persiapan untuk menyambut raya dilakukan di saat akhir contohnya lupa nak selit duit dalam sampul raya, pakai songkok secara senget dan lupa beli tiket untuk balik raya.
“Dan saya percaya kita semua pernah lalui pengalaman macam ini lebih-lebih lagi bila tahun lepas kita semua raya mengejut,” katanya berseloroh.
Raya Last Minit merupakan hasil ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...