Mira Filzah Menangis Berjauhan Dengan Anak; “Hari Pertama Sesi Fotografi Mata Bengkak.”

Share

Terikat dengan komitmen kerja di Bali, Indonesia selama lima hari baru-baru ini membuatkan pelakon Mira Filzah ‘berendam air mata’ apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya yang baharu sahaja berusia tiga bulan.

Mengakui menangis teruk pada hari pertama akibat terlalu merindui anaknya, Wan Khair Amir, Mira turut mengambil inisiatif memerah susu ibu dan menyimpan susu berkenaan di dalam kotak pendingin (cooler box) berisi ais.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, menjelaskan bekerja sebagai ibu yang menyusukan bayi bukan mudah. Terutamanya berkaitan waktu mengepam susu bagi mengelakkan bengkak susu, persediaan peralatan dan penyimpanan susu yang sudah diperah.

“Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Hari pertama sesi fotografi mata bengkak, sebab malam sebelum tu panggilan video Amir menangis. Hanya hari pertama sahaja, hari kedua dan seterusnya sudah okay sedikit. Hehe.

“Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Curi curi masa untuk pump. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas ‘timing’, tahu tahu sudah enam jam tidak pam lagi!

“Haa faham tak perasaan itu? Dengan membawa bermacam barang ke sana sini, ice packs dan cooler bag lagi. Salute sangat mommies yang busy kerja tetapi masih boleh patuhi jadual mengepam!

“Lepas ini ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh dan lama. Tidak tahulah hendak bawa balik susu macam mana untuk penerbangan berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!” tulis Mira di laman Instagram miliknya.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Wan Emir Astar, 32, pada 3 September 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Mira Filzah

IKLAN