“Minta Nak Anak Lelaki, Buat Teman Pergi Solat Jumaat ”- Lan Solo Ceritakan Doa Depan Kaabah, Mohon Dikurnia Seorang ‘Hero’

Share

Penyanyi dan usahawan, Lan Solo mendedahkan dia pernah memanjatkan doa kepada Allah SWT di tanah suci Mekah semoga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof memberitahu, doa tersebut dipanjatkan selepas sudah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Atas rezeki dan izinNya, Lan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Akid Qassyaff, yang kini sudah mencecah usia 6 tahun.

“Pernah doa mintak kat Allah nak anak lelaki lepas Qaleesya & Qeesyara, betul2 doa depan Kaabah. Memang mintak hero sorg, buat teman pi solat Jumaat kat masjid. Alhamdulillah ALLAH BAGI Muhammad Akid Qassyaff.

“Sempat jugak la bawak dia pi solat Jumaat sblm2 ni, walaupon kdg2 sampai masjid dia mintak susu & tido,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lan meluahkan rasa sedih melihat situasi terkini pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia selain menzahirkan rasa rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

“Cuma skrg ni sgt sedih dgn situasi yg sedang berlaku dah tak dapat pi masjid, tak dapat Solat Jumaat, dah tak dapat berjemaah kat masjid.

“Ramai yg rindu dgn semua ni, rindu nak pi Mekah Madinah, rindu dgn semua aktiviti yg pernah kita semua buat sblm2.

“Di hari Jumaat yg berkah ni, sama-sama kita panjatkan doa..moga Allah angkat virus Covid19 ni sejauh2nya & moga mimpi ngeri kita semua ni cepat2 terhapus! aaamiiinnnn! #salamjumaat #lansolo #doa #doayangbaikbaik #hapuscovid19,” tulisnya lagi.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Lan Solo

IKLAN