‘Minta Maaf, Tiada Niat’ Sharifah Sakinah Jelaskan Apa Yang Terjadi

Kalau korang masih ingat beberapa hari lalu kecoh tentang kontroversi dua pelakon wanita, Sharifah Sakinah dan Janna Nick dikecam netizen kerana dikatakan telah mempermainkan kematian seorang artis Kpop, Jonghyun yang meninggal dunia kerana membunuh diri akibat depresi pada bulan Disember tahun lalu.

Dalam video yang mendakwa Sakinah dan Janna mempermainkan kematian Jonghyun itu, mereka berdua sedang berada di sebuah salon dan kelihatan Janna sedang mewarnakan rambut kemudian Sakinah bertanya kepada Janna,

“Perghh ini yang mati tu kan,” kata Sakinah kepada Janna sambil ketawa dan disahut juga dengan ketawa daripada Janna.

IKLAN

Rentetan dari hal itu, netizen telah melemparkan kecaman terhadap dua pelakon popular ini kerana mereka seolah-olah tidak menghormati kematian artis kpop tersebut dengan mempermainkan kematiannya.

Disebabkan ramai yang menyelar tindakan dua pelakon ini, Sakinah tampil memohon maaf bagi pihaknya juga Janna menerusi Insta Storiesnya.

Sakinah juga turut memohon maaf kepada Janna kerana melibatkan pelakon My Coffee Prince itu dalam isu ini.

“First of all, I want to say sorry to Janna Nick that she got dragged into this. She got nothing to do with this.

 

“To all kpop fans i’m truly sorry about the vid that was somehow deemed disrespectful to your idol.

 

“I had no intention of shaming him. To be honest we were laughing because of her hair that was bleach at the time.

 

“Im sorry if ive offended anyone with the video. I myself wouldn’t laugh at someone’s death especially at the hands of depression.

 

“I hope this matter doesn’t get blown out of proportion. Again im sorry,” tulis Sakinah memohon maaf kepada semua.

IKLAN

Oklah Sakinah pun dah mohon maaf dan dia pun cakap dia tak berniat nak ketawakan kematian Jonghyun jadi MH harap netizen dapat terima permohonan maaf dari Sakinah.

Sumber: instagram Sharifah Sakinah