“Minta Maaf Saya Tak Dapat Bawak Awak Keluar,” – Selamba Makan Berjarak & Duduk Bersila Atas Lantai, Ini Cara Altimet Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

Share

Penyanyi rap, Altimet ada memuat naik sebuah posting berkongsi bersama peminat bagaimana dia dan isteri menyambut hari ulang tahun perkahwinan dikala musim pendemik ini.

Menurut Altimet, meski dia tidak berkesempatan untuk membawa isterinya keluar untuk menikmati makan malam, namun dia tetap berusaha untuk menjadikan hari tersebut penuh bermakna.

“Selamat ulang tahun pernikahan. Mintak maaf, saya tak dapat bawak awak keluar makan makan malam ni untuk raikan. Tapi tapau balik, komplot dengan anak-anak setting berkelah macam ni, duduk jauh-jauh boleh lagi.

“InsyaAllah settle benda ni kita gi dating tinggalkan orang ke tiga yang tunjuk kaki dia tu haaa. Kacau daun betul, baru nak feeling-feeling romantik,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Bunga itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Altimet dan isteri dilihat seronok menikmati makan malam romantis sambil bersila di atas lantai.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan itu selain turut mendoakan semoga Altimet dan isteri akan terus berbahagia hingga ke jannah.

Terdahulu, Altimet yang jarang berkongsi perihal keluarganya itu pernah mendedahkan dia dan isteri telah menjalani bahtera perkahwinan sejak 15 tahun yang lalu.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikatakan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Altimet

IKLAN