Pelakon, Lufya Omar berkesempatan bertemu dengan sahabat baiknya, Nur Heliza Helmi yang juga seorang penyanyi dan aktivis kemanusiaan baru-baru ini.
Mahu mengabadikan memori bersama, anak pelakon berkenaan iaitu Laana Haura turut merakam foto bersama Heliza.
Malah, Lufya turut menitip pesanan buat anaknya yang kini berusia dua tahun.
“Haura meets Aunty Ija @nurhelizahelmi Happy die nak bergambar dengan bff mommy ni.
“Nanti dah besar jadi kuat, cantek dan solehah macam aunty ija k sayang. Bawak mummy gi Makkah, belajar agama, jaga mummy kalau mom dah tua.
“Mummy mintak Haura doakan mommy masuk syurga kalau mom dah tak ada lagi. Haura kalau baca ni Haura ingat ya walau macamana pun baik buruk parents Haura tetaplah doakan kami.
Ads
“Jadi anak yang baik dan berjasa kepada orang tua. Hidup berkat dan di bawah lindungan Allah sbt.
“Semoga Laana Haura kuat menjalani kehidupan di dunia ini dengan kejayaan dunia & akhirat. Aamin. Salam subuh kepada semua followers yang di kasihi,” tulisnya.
Semalam genap ulang tahun kelahiran anak Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang pertama.
Dalam pada itu, Nur Syahirah Rahman iaitu isteri kepada Fad Bocey turut menitip ucapan istimewa buat kanak-kanak comel itu.
“Mommy tktau pun mommy dah pregnant hamzah masa ni .mommy selalu mntk hamzah doakan mommy dpt baby. Anak ,hrini genap setahun .mommy daddy selalu doakan yg baik buat hamzah dan ibu.
“Moga Allah sentiasa melindungi kalian .moga hamzah membesar dgn baik dan jadi anak yg soleh .
“Kita mungkin tk selalu jumpa skrg ,keadaan tk mengizinkan lgi .tpi lepasni dh boleh utk kita jumpa .klu hamzah dh besar baca la ni ,mungkin hamzah hilang ayah tapi hamzah masih ada ayah achey dan daddy fad,” tulisnya.
Menurut Syaheera, nama Allahyarham Abam sentiasa disebut-sebut dek kebaikan dan jasa yang diberikan sepanjang hayatnya.
“Bam jujur kami semua rindu, tak pernah hilang nama abam dri hidup kami tk pernah sehari pun kmi hidup tanpa sebut atau cerita pasal abam .kami tk meratap malah cemburu abam dah ada di suatu tempat yg terbaik yg semuanya akan kembali ke situ suatu hari nanti .
“Perjalanan Bocey terlalu jauh ,sempat aku rasa susah senang bahagia derita selama bertahun ni ikut bocey .tak mungkin sya lupa kenangan susah senang kita .Al-Fatihah,” akhirinya.
Menjengah di Instagram sahabat baik arwah iaitu Fad Bocey, dia turut meluahkan isi hatinya sambil disertakan foto arwah bersama anak kesayangan.
“Selamat hari lahir buat anaknda ddy dan mmy SYED UTHMAN HAMZAH AL JUFFREY BIN SYED UMAR MOKHTAR AL JUFFREY,semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT dilindungi dan dirahmati selalu,ddy sentiasa doakan hamzah.
“Nanti ddy n mmy hantar hadiah ye syg..sama2 kite sedekahkan AL FATIHAH,” tulisnya.
Terdahulu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia satu tahun.
Moga bahtera perkahwinan yang dibina kekal selamanya… Itulah dedikasi paling sempurna buat pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima mereka.
Sebagai mengenang momen indah saat disatukan, keduanya turut mengabadikan kenangan menerusi satu entri Instagram masing-masing dengan memuat naik foto perkahwinan mereka.
Mengharapkan hubungan bahagia harmoni, Hairul Azren menerusi kapsyen pada foto yang dimuat naik turut mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta.
“Happy anniversary yang ke-5. Alhamdulilah 5 tahun kita bersama, terima kasih sentiasa sayangkan i, terima kasih terima i seadanya, terima kasih melahirkan anak2, terima kasih jadi partner business i, terima kasih utk segala-galanya dgn izin Allah.
“Maaf kalau ada salah silap i, i tak sempurna tetapi i sentiasa cuba buat yang terbaik utk menjaga keluarga kita, I Love you so much @haniszalikha, 5 / 6 / 2015 #insyaAllahThankYou,” tulisnya penuh makna.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya