“Minta Duit Tak Nak Bagi, Bila Tahu Terus Ajak Selfie,” – Diherdik, Dihina & Ditolak, Video Asad Motawh Jadi Pengemis Raih Perhatian Ramai

Share

Kata orang, jika ingin mengetahui personaliti sebenar seseorang itu, lihatlah bagaimana dia melayan orang sekeliling terutamanya golongan yang lebih rendah darjatnya.

Itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi muda, Asad Motawh menerusi video terbaru yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Video tersebut memaparkan Asad menyahut cabaran membuat experimen sosial untuk menjadi pengemis selama satu hari di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota baru-baru ini.

Penyanyi lagu Senyum ini turut mengenakan pakaian compang-camping bagi menampakkan lakonannya itu lebih ‘real’.

Asad dilihat berlegar-legar di perkarangan pusat membeli belah tersebut sambil mendekati orang ramai untuk meminta sedekah.

Ada satu ketika, Asad dilihat telah ditolak oleh seorang individu kerana dikatakan menggangu ketenteramannya ketika ditempat awam.

Video berdurasi hampir lapan minit itu telah meraih lebih 200,000 jumlah tontonan dan 15,000 tanda suka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian terhadap video tersebut selain turut berharap agar Asad dapat menghasilkan lebih banyak kandungan-kandungan menarik selepas ini.

Terdahulu, Asad memiliki hampir 200,000 jumlah pengikut di Youtube manakala di Instagram pula penyanyi ini memiliki lebih daripada satu juta followers.

Sumber: Youtube Asad Motawh

 

IKLAN