“Minta Doakan Isteri Saya,” – Haziq Nadzli Setia Di Sisi Sambil Baca Ayat Suci Al-Quran, Eyra Hazali Sudah Masuk Wad Bersalin

Share

Pelakon Eyra Hazali sudahpun memasuki wad bersalin dan dijangka melahirkan anak pertamanya pada bila-bila masa.

Perkara tersebut boleh dilihat menerusi ruangan Insta Stories di Instagram bintang berkenaan serta suami yang juga panjaga gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli.

Suami tersayang yang setia berada di sisi, Eya turut menulis pertkataan ‘Bismillah’ beberapa jam lalu.

Dalam video pendek yang dimuat naik Eyra, kelihatan suaminya sedang membaca al-Quran bersebelahan dirinya.

Sementara Haziq turut memohon agar dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.

“Minta doakan isteri saya. Semoga segala urusan dipermudahkan,” tulisnnya.

Terdahulu, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019 lalu di Kuala Lumpur.

Sebelum ini juga mereka turut memaklumkan bakal menimang anak lelaki Instagram.

Foto: Instagram Eyra Hazali

IKLAN