“Mini Mira Filzah,” – Macam Ada ‘Baby Bump’, Peminat Mula Teka Mungkin Hamil Anak Sulung, Ini Jawab Tuan Badan

Share

Penampilan terkini pelakon popular, Mira Filzah ‘memancing’ perhatian ramai peminat.

Menerusi satu foto yang dimuat naik bintang Sweet Dreams ini di Instagram, para peminat di ruangan komen mulai berteka-teki sama ada Mira kini sedang hamil anak sulung atau sebaliknya.

Kini kerana top biru yang dikenakan Mira dilihat agak longgar selain bahagian perutnya juga seolah-olah kelihatan seperti berisi hingga menyebabkan ramai yang mula membuat telahan sendiri.

Bagaimanapun Mira dilihat ada memberikan respon terhadap salah satu komen yang dtinggalkan. Kata Mira, ia hanyalah buncit sebagaimana kebiasaan.

“Aaaaaah buncitlahhhh,” jawabya ringkas.


Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), pada 9 September 2020 selepas lebih setahun menyulam cinta.

Foto: Instagram Mira Filzah

IKLAN