Categories: Berita

Mimie Haris Dedah Foto Bakal Imamnya, Juru Terbang Di Awan Biru!

Share

Pengacara, Mimie Haris berkongsi beberapa keping foto pra perkahwinan di laman Instagram miliknya.

Dalam muat naik tersebut, Mimie dilihat mengenakan persalinan kasual berona putih manakala tunangnya yang dikenali sebagai Amir mengenakan sut juruterbang disertakan latar lapangan terbang.

Malah wanita berusia 29 tahun ini turut meletakkan tanda pagar #surihatimrpilot. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun 2019.

Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.

Walau bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Ogos 2016.

Foto : Instagram Mimie Haris

IKLAN