Pengacara, Mimie Haris berkongsi beberapa keping foto pra perkahwinan di laman Instagram miliknya.
Dalam muat naik tersebut, Mimie dilihat mengenakan persalinan kasual berona putih manakala tunangnya yang dikenali sebagai Amir mengenakan sut juruterbang disertakan latar lapangan terbang.
Malah wanita berusia 29 tahun ini turut meletakkan tanda pagar #surihatimrpilot. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun 2019.
Hati bagaikan berbunga-bunga apabila kehadirnya buah hati, Dini Azan Schatzmann dalam hidup pelakon Janna Nick.
Mengabadikan momen indah bersama menerusi video di Instagram, Janna akui jejaka berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu banyak mengubah hidupnya.
“TO MANY MORE “I LOVE YOU”
“Thanks 2019 ! Tahun yang paling banyak ubah aku.
“Yes I’ve changed a lot! Sekasar-kasar, sejantan-jantan perempuan dah more feminine, manja teruk…tapi dengan @dinischatzmann je lah,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 24 tahun itu juga akui selesa menjalinkan hubungan dengan jejaka berusia 25 tahun itu sejak Jun 2019.
“Dengan orang lain aku masih jantan, (GELAK MASIH KUAT). Dia lah orang yang paling banyak tolerate, paling banyak sabar, paling lembut, paling positive DAN Yang paling “baby”.
“Untuk lelaki kat luar sana, jangan ingat perempuan kasar Tu x reti respect partner.
“Kalau lembut layanan korang, maka lembut la dia. Tag GF/Wife yang dulu kasar/tomboy sekarang dah lembut (untuk yang nampak perubahan saya, Dan mungkin ada yang tak suka..bagi saya masa dan ruang untuk diri saya…),” akhinya.
Genap 41 tahun pada tanggal 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kesyukuran di laman Instagram miliknya.
Penyanyi nombor satu Malaysia ini memanjatkan doa agar dia sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersujud kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdullillah, Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku,adikberadikku,
anakku, kasih sayang orang terhadapku.
“Jadikan Aku orang yang sentiasa bersyukur & bersujud kepadaMu. Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini….Peganglah & pimpinla hatiku Ya Allah .. Aamin ya rab..Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
“dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan”,” kongsi ibu kepada Siti Aafiyah ini.
Biarpun lebih banyak beri tumpuan kepada keluarga terutama anak kecilnya, pelakon Shakilla Khoriri sedar dia perlu kembali kepada realiti, kembali dalam seni.
Setahun hilang daripada radar dunia lakonan tempatan, dia kini sudah bersedia untuk kembali ke set penggambaran.
“Lately banyak aku post pasal family. Sampai ada yang tanya kenapa TAK BERLAKON lagi ? Kenapa dah jarang nampak kat TV.
“Jawapan dia, aku kan mengandung dan beranak so aku tahu dalam tempoh setahun aku akan HILANG kerja aku untuk aku pastikan beberapa perkara.
“Kena kurus balik, kena nampak OK balik dan paling penting aku nak anak aku at least bijak sikit supaya aku kerja dengan aman sentosa.
“Ada juga production yang assumed sesama sendiri yang aku tak nak shooting dah. EH ? Sibuk jaga anak. Well sad to say, Tempoh REHAt dah nak habis,” jelasnya.
Tidak mahu terburu-buru kembali bekerja kerana dia mahu lalui fasa yang indah bersama anak.
“Insyallah February aku akan start kerja balik macam dulu. Rindu shooting tak boleh bawa bincang punya. Tapi aku follow dengan aturan Allah.
“Aku tak nak tergopoh sebab aku melalaui fasa kehidupan yang indah sekarang. FAMILY.
“Tapi realitynya aku kena kerja untuk bantu suami aku demi kelangsungan hidup aku anak beranak. Macam orang lain.
“My darling @ameenasofia_ shes getting much more better now. Doakan kesihatan untuk dia,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...