Suatu ketika dahulu penama Mimie Haris ini terkenal dengan profesionnya sebagai penyanyi, pelakon dan juga pengacara. Namun setelah mengambil keputusan untuk berkahwin, Mimie meninggalkan terus dunia seni dan berhijrah ke Dubai bagi mengikuti suaminya bertugas di sana.

Pun begitu, sudah ditakdirkan jodoh tidak panjang, rumah tangga yang dibina tidak dapat bertahan lama dan mereka berpisah pada bulan November tahun lalu.

Sebelum berpisah lagi Mimie telah kembali ke tanah air dan kini bangkit meneruskan kehidupannya.

IKLAN

“Alhamdulilah, Mimie sekarang semakin bahagia, tak ada meraung, meratap hiba kerana Mimie percaya pada qada dan qadarnya. Mimie reda jika ini adalah ketentuanNya.

“Keluarga juga banyak memberi sokongan moral kepada Mimie. Pesan ibu Mimie, yang penting kena move on dengan hidup ini,” ujar penuh semangat.

Justeru itu, Mimie tidak mengambil masa lama untuk kembali muncul dalam dunia seni. Percubaannya sebagai pengacara di dalam program CJ Wow Shop telah banyak membuka ruang kepadanya.

Mimie Haris Bangkit Dengan Semangat Baru

IKLAN

“Pada awalnya, Mimie ada tanya kepada rakan-rakan jika ada program yang memerlukan pengacara. Jadi ada seorang teman yang beritahu, CJ Wow Shop sedang mencari pengacara baru. Mimie pun pergi audition dan alhamdulillah rezeki berpihak kepada Mimie. Jadi, diam tak diam sehingga sekarang dah sembilan bulan Mimie bersama CJ Wow Shop.

“Mimie memang suka bercakap dan explore benda-benda baru seperti ini. Jadinya, tugas ini memang kena sangatlah dengan jiwa Mimie,” ujarnya lagi.

Produk sendiri

Berusia 27 tahun, Mimie turut mengimpikan untuk muncul dengan produk sendiri akan datang.

IKLAN

“Mimie bercadang untuk muncul dengan produk muslimah wear dan kecantikan. Insya-ALLAH, doakan Mimie ya.

“Mimie suka juga berniaga dan bidang kerjaya Mimie sekarang membolehkan Mimie jumpa dengan ramai orang dan belajar cara marketing mereka. Ini antara kelebihan yang Mimie kena gali dan cari lagi,” terangnya jujur.

Mimie Haris Bangkit Dengan Semangat Baru

Selain daripada pengacara, Mimie juga bakal muncul dengan sebuah single terbaru OST drama Kenyalang I’m In Love untuk tayangan TV3 pada bulan Ogos depan duet bersama Aepul Drama Band.

“Tak sangka dan sangat terharu kerana masih ada lagi orang yang ingat Mimie sebagai penyanyi meskipun dah hampir empat tahun tidak menyanyi secara serius. Teruja juga untuk menunggu respons orang ramai.

“Lagu ini rentak catchy dan Mimie suka sebab ia easy listening. Memang Mimie lebih suka balada tetapi bila dengar lagu Kenyalang I’m In Love ini, terus Mimie suka pulak. Duet pula dengan Aepul, kami dah lama kenal maka tak ada masalah untuk keserasian,” jelasnya yang turut tidak menolak andai ada tawaran berlakon.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI