Ads

Mimi Lana Mandi Darah Sampai Rambut Pun Jadi Keras Sebab ‘Polong’, – “Ada Babak Yang Memang ‘Gore’.”

Aktres Mimi Lana berkongsi pengalaman menjayakan beberapa babak ekstrem, termasuk adegan bermandi darah semalaman ketika penggambaran filem seram, Polong yang dijangka bakal ditayangkan tahun hadapan.

Menurut Mimi, filem arahan Zulkarnain Azhar itu bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal, malah turut mencabar ketahanan emosinya.

“Saya terlibat dalam babak mandi darah dari pukul 7 malam sampai 6 pagi. Darah palsu dan solekan membuatkan rambut pun jadi ‘keras’.

“Proses solekan pula ambil masa dua hingga tiga jam sebab ada adegan muka saya masih elok dan ada yang dah rosak teruk. Memang penat tapi berbaloi,” katanya.

Selain Mimi, filem Polong turut dibintangi oleh Namron, June Lojong, Nadiya Nisaa dan Fad Anuar.

“Katanya lagi, walaupun filem itu sarat dengan elemen seram dan keganasan, Polong tetap membawa mesej yang mendalam serta nilai tersendiri.

“Saya tak nak bercerita lebih, takut nanti beri ‘spoiler’, tapi ada babak yang memang ‘gore’. Namun begitu, di sebalik semua itu, cerita ni masih ada nilai kemanusiaan dan pengajaran,” ujarnya.

Mimi yang memegang watak sebagai wartawan jenayah mengakui, Polong antara filem paling mencabar sepanjang kariernya.

Ads

“Dari segi visual dan mood, memang lain daripada filem yang saya pernah buat. Saya rasa macam tengah berlakon dalam produksi luar negara sebab cara kerja dan sinematografinya sangat teliti.

“Malah, filem Polong ini dirakamkan dalam dua versi, satu untuk pasaran tempatan dan satu lagi untuk tayangan festival antarabangsa,” katanya.

Mimi Lana Mandi Darah Sampai Rambut Pun Jadi Keras Sebab ‘Polong’, – “Ada Babak Yang Memang ‘Gore’.” Mimi Lana Mandi Darah Sampai Rambut Pun Jadi Keras Sebab ‘Polong’, – “Ada Babak Yang Memang ‘Gore’.” Mimi Lana Mandi Darah Sampai Rambut Pun Jadi Keras Sebab ‘Polong’, – “Ada Babak Yang Memang ‘Gore’.” Mimi Lana Mandi Darah Sampai Rambut Pun Jadi Keras Sebab ‘Polong’, – “Ada Babak Yang Memang ‘Gore’.”

Suasana Seram & Sokongan Suami

Berkongsi pengalaman di lokasi, Mimi mendedahkan suasana penggambaran turut menambah ‘aura’ seram sebenar apabila kebanyakan adegan dirakam di kawasan flat kosong di Bukit Beruntung dan di sebuah penjara lama di Johor yang sudah ditutup.

Ads

“Kawasan itu memang menyeramkan, lebih-lebih lagi bila kita shoot pukul 3 atau 4 pagi.

“Kadang-kadang pelakon yang berpakaian hantu lalu depan mata pun boleh buat saya terkejut besar. Tapi Alhamdulillah, gangguan sebenar tak ada sebab semua orang jaga tutur kata dan niat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mimi turut menceritakan suaminya, pelakon Syafiq Kyle, sempat meluahkan kebimbangan ketika dia menjalani penggambaran filem tersebut tidak lama selepas mereka berkahwin.

“Saya ada kongsi dengan Syafiq pasal cerita ni masa awal-awal shoot dulu. Dia risau juga sebab tahu filem ni seram dan kita banyak kerja malam.

Ads

“Dia pesan supaya jangan cakap bukan-bukan dan sentiasa jaga diri. Saya pun memang berhati-hati sepanjang penggambaran,” katanya.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Mimi tetap menganggap pengalaman ini sebagai sesuatu yang berharga.

“Saya tak pilih syarikat produksi berdasarkan populariti. Asalkan jalan ceritanya kuat dan wataknya menarik, saya akan ambil.

“Studio besar ada kekuatan komersial, tapi produksi bebas macam ni banyak bermain dengan rasa. Polong ni antara naskhah yang paling berani pernah saya buat dan saya tak sabar nak tengok hasilnya di pawagam,” katanya.

Filem Polong mengangkat kisah Maria Hadi, seorang wanita yang bergelumang dengan amalan ilmu hitam dan dosa silamnya.

Dalam usahanya mencari keampunan, dia terpaksa melepaskan polong belaan yang kemudian menuntut dendam selepas kematiannya, menyebabkan pewarisnya menanggung sumpahan yang menggerunkan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.