Penyanyi Mimi Fly mencuri perhatian ramai apabila tampil sebagai tetamu undangan menerusi program Geng Ngaji musim ke-6 yang disiarkan di Astro Oasis, baru-baru ini.
Dalam episod tersebut, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham tampil dengan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran daripada surah Al-Jaathiyah, ayat 20 hingga 21.
Kemunculan Mimi dengan imej berhijab serta kelunakan suaranya dalam membaca Al-Quran bukan sahaja mengejutkan penonton, malah mendapat pujian daripada panel dan hos program.
Usahawan dan pempengaruh, Joy Revfa dan suaminya, Dr. Adrian Yeah, selamat menyambut kelahiran cahaya mata perempuan pada 15 Mac lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin menerusi beberapa perkongsian di Instagram.
Turut dikongsikan menerusi platform sama ialah sepotong video yang memaparkan suaminya berjalan masuk menemuinya bersama sejambak bunga mawar merah sebagai tanda kasih.
Menurut Joy, bayi mereka sepatutnya dilahirkan secara normal pada 20 Mac, namun kelahiran berlaku lebih awal daripada jangkaan.
“Sebenarnya Joy dan suami plan nak lahir baby secara normal pada 20 Mac tapi dia dah tak sabar nak keluar juga 15 Mac 2025.
“Sebelum sahur dah berkejar ke hospital sebab contraction semakin lama semakin kuat.
“So terpaksa emergency czer tapi tetap rasa bersyukur sebab semuanya dipercepat dan dipermudah oleh Allah SWT,” tulisnya.
Dalam pada itu, Joy turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami penyayang yang setia menemaninya sepanjang proses kelahiran.
“Rasa bertuah sebab suami tercinta, Dr Adrian tetap ada di sisi ini dari awal sampai akhir.
“Tak berputus asa bagi kata-kata semangat dan menjaga sebaik mungkin isteri dan baby baru dia ni. Decor-decor cantik ni semua hubby yang sediakan dan buat surprise!
“You are a true blessing to my life, sayang. I love you so much!,” tulisnya yang turut menitipkan penghargaan buat ahli keluarga yang lain.
Dalam pada itu, Joy secara tak langsung juga erkongsi suasana di suite mewah sebuah hospital yang indah dihiasi dengan dekorasi merah dan keemasan sebagai persiapan menyambut kelahiran puteri sulung mereka.
Joy turut menzahirkan kesyukuran atas anugerah pelengkap keluarga, sekali gus mendedahkan nama permata hati.
“Syukur alhamdulillah, finally Allah SWT has blessed us with a beautiful baby girl ‘CinLay’ Adriana Damya Yeah. Birth weight 3 kg,” tulisnya.
Untuk rekod, Joy Revfa yang juga pengasas Merve Cosmetics ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arryan Firdaus.
Sebelum ini, Joy pernah bertemu jodoh engan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017, namun perkahwinan tersebut berakhir pada Oktober tahun sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ratu Cantik Malaysia dalam pertandingan Miss Global 2025, Eshwin Kaur telah mempersembahkan kostum nasional unik yang dinamakan Dendam Cik Siti.
Kostum ini bukan sekadar pakaian tetapi juga membawa kisah penuh makna. Diinspirasikan daripada legenda rakyat iaitu Sanggul beracun, ia mengisahkan Siti Aminah, seorang wanita berwajah cacat yang mendambakan kecantikan.
Dalam usaha untuk menjadi cantik, dia membuat perjanjian dengan jin yang menawarkan kecantikan sempurna sebagai pertukaran nyawa 100 lelaki.
Namun, ketika hampir mencapai matlamatnya, dia jatuh cinta dan mula mempersoalkan pilihannya. Kisah ini penuh dengan elemen tragis, fantasi, dan pengajaran moral.
Menampilkan perincian 99 kuntum mawar merah yang melambangkan 99 lelaki yang menjadi korban perjanjian Siti Aminah. Mawar-mawar ini menjadikan kostum lebih dramatik dan bermakna.
Gabungan warna merah dan hitam pada busana melambangkan konflik antara nafsu dan kesedaran. Perincian sulaman klasik pula memberi penghormatan kepada budaya Melayu.
Direka oleh Ain Mohammad, “Dendam Cik Siti” bukan sekadar busana tetapi juga karya seni yang menggabungkan elemen tradisional dan moden. Ia membawa naratif yang kuat ke pentas dunia.
Eshwin Kaur bukan sekadar memperagakan kecantikan tetapi juga membawa kisah Malaysia yang menyentuh emosi. Kostum ini berfungsi sebagai medium ekspresi yang kuat.
Pertandingan akhir Miss Global 2025, bakal berlangsung pada 9 Mac 2025 di Nonthaburi, Thailand.
Imbas kembali prestasi wakil negara, sebelum ini pada tahun 2022, Sandra Lim berjaya bergelar Naib Johan manakala pada 2024 menerusi perwakilan Taanusiya Chetty, Malaysia berjaya berada di kedudukan top 13.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir sebulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon Mimi Lana meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kehidupan bersama suaminya, aktor Syafiq Kyle.
Bagaimanapun, pasangan selebriti ini masih belum berkesempatan untuk berbulan madu susulan kekangan komitmen semasa.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan perkahwinan ini. Cuma kami belum berkesempatan untuk berbulan madu lagi.
“Mungkin selepas bulan puasa inilah, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Celebfest SG, Singapura, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mimi turut teruja kerana dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri buat kali pertama bersama pelakon drama Nur itu.
“Sudah tentu saya seronok, malah sekarang ini pun saya gembira dapat menjalani ibadah puasa bersama. Boleh dikatakan setiap hari saya perlu memasak untuk suami.
“Tapi mujurlah Syafiq suka makan ikan bilis goreng saja. Jadi senanglah saya nak sediakan juadah untuknya. Sebenarnya, Syafiq pun rajin memasak di rumah,” katanya lagi.
Sementara itu, Syafiq turut menzahirkan rasa syukurnya kerana Ramadan kali ini memberi mereka lebih banyak masa bersama tanpa komitmen jadual kerja.
“Sepanjang Ramadan ini kami tidak terikat dengan sebarang penggambaran. Jadi kami ada banyak masa bersama keluarga dan untuk kami berdua.
“Selain itu, Mimi juga sibuk menguruskan perniagaannya dan saya pun ikut memberi sokongan,” katanya.
Terdahluu, Syafiq dan Mimi selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup, sebagai menghormati permintaan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah dan resepsi berlangsung di Taiping, Perak, dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat.
Sebelum ini, pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, namun impian untuk bergelar suami isteri hampir tergendala apabila mereka membatalkan majlis pernikahan yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.