Miki Mati Pada Usia 7 Bulan, Haiza Hanafi Dah Cuba Ikhtiar – “2 Minggu Bonda Jadi Doktor Kat Rumah.”

Share

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi berkongsi berita sedih apabila memaklumkan kucing peliharaannya yang diberi nama Miki telah pun mati dipercayai akibat virus Parvo.

Menerusi Instagram, Haiza yang kini muncul dengan single Mantan Isterimu mendedahkan dia menjaga kucing kesayangannya yang berusia 7 bulan itu selama dua minggu sebelum ia mati.

“Goodbye My Love. 2 minggu ni Bonda jadi doktor kat rumah. Bonda dah cuba jaga sehabis baik tapi Miki tak mampu bertahan.

“Miki dah di syurga. 7 bulan usianya. Selamat Jalan Miki sayang. #parvovirus #parvojahat,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis turut memberikan reaksi sedih atas kehilangan Miki.

Haiza turut mengabadikan momen sama menerusi Insta Stories.

Selain Miki, Haiza sekeluarga turut membela seekor kucing lain yang dipanggil Ginger.

Virus parvo adalah virus yang menyebabkan penyakit yang teruk pada kucing, terutamanya yang masih kecil dan boleh membawa maut.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

IKLAN