Michael Ang Tuntut Pelakon Sign Kontrak, Larang Hubungan Lokasi; “Suruh Berlakon, Bukan Bercinta!”

Share

Isu pelakon bermain cinta lokasi bukan satu isu baharu sebaliknya ada dalam kalangan selebriti yang turut bertemu jodoh sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Namun, ia menjadi isu bila mana melibatkan antara pasangan yang sudah berkahwin sehinggakan mejadi bualan hangat mengenai perkara itu baru-baru ini apabila seorang aktres didakwa cuba ‘menyondol’ hero gandingannya yang merupakan suami orang.

Bertitik tolak daripada isu hangat itu, pengarah Michael Ang telah menetapkan satu syarat di mana pelakon-pelakon yang berlakon di bawah arahannya dilarang untuk terlibat dalam cinta lokasi.

“Okay mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set aku, kena sign kontrak yang tidak akan bercinta dekat set.

“Stres aku nak melayan reporter tercall-call… cakap nak buat marketing la, apa la.

“Yang bercinta berskandal tu dia orang, bukan aku,” tulisnya dalam sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Menurut Michael lagi, ia bukanlah salah pengarah sekiranya pelakon betul-betul jatuh cinta di set penggambaran.

“Bukan salah aku kalau pelakon bercinta dekat set aku.

“Aku ajar berlakon bukan suruh buat betul-betul. Suruh berlakon, bukan bercinta!” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN