Isu pelakon bermain cinta lokasi bukan satu isu baharu sebaliknya ada dalam kalangan selebriti yang turut bertemu jodoh sehingga membawa ke jenjang pelamin.
Namun, ia menjadi isu bila mana melibatkan antara pasangan yang sudah berkahwin sehinggakan mejadi bualan hangat mengenai perkara itu baru-baru ini apabila seorang aktres didakwa cuba ‘menyondol’ hero gandingannya yang merupakan suami orang.
Bertitik tolak daripada isu hangat itu, pengarah Michael Ang telah menetapkan satu syarat di mana pelakon-pelakon yang berlakon di bawah arahannya dilarang untuk terlibat dalam cinta lokasi.
“Okay mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set aku, kena sign kontrak yang tidak akan bercinta dekat set.
“Stres aku nak melayan reporter tercall-call… cakap nak buat marketing la, apa la.
Ads
“Yang bercinta berskandal tu dia orang, bukan aku,” tulisnya dalam sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Perkongsian video pendek yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok aktor Norman Hakim mencuri perhatian wargamaya.
Masakan tidak, di dalam video berdurasi 11 saat itu, Norman yang duduk di atas sofa sambil bermain tiba-tiba ‘diterkam’ isteri, Memey Suhaiza yang terus duduk di atasnya.
Menarik perhatian ramai apabila melihat reaksi spontan wajah aktor berbadan sasa itu yang terkejut.
“Dia main henyak je tak bagi Salam. Nasib baik sayang,” tulis Norman di ruang kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata yang terhibur mengusik pasangan selebriti ini.
“Wehh boleh luruh jantung member tu. Gelap sebentar dunia dia. Adoi aku ulang banyak kali beb. Jangan sis Memey, nak pakai lama tu.”
“Sampai juling mata Norman.”
“Abang kena syukur kak Memey tu kurus.”
“Persatuan bini-bini memang selalu buat macam tu. Sabar je lah.”
“Terhentaklah ‘boboi’ tu. Sakit wei.”
“Nak marah tapi kena sabar.”
“Huish. Kalau aku pun terkejut.”
Malah ada di antara komen yang berikan itu mendapat reaksi daripada Norman.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 8 juta kali bersama ratusan ribu tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, bersyukur kerana urusan pernikahannya dengan bintang asal Singapura, Fuad Rahman pada Ahad dipermudahkan.
Memilih Batam, Indonesia sebagai lokasi perkahwinan, pasangan yang sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) ini akui apa yang penting ikatan keduanya kini sudah sah.
“Nak balik Malaysia dah. Tak sabar nak balik celebrate dengan anak-anak. Alhamdulillah semuanya sudah selesai di sini.
“Biarlah di mana pun (kahwin), yang penting pernikahan ini sudah terjadi. Kami dah officially suami isteri,” jelasnya.
Tom memaklumkan mengenau perkara itu menerusi sebuah status di Insta Stories bersama beberapa hantaran lain.
Terdahulu, Tom berkongsi beberapa momen hari bahagianya di Insta Stories yang menyaksikan dirinya kini sudah kembali menjadi isteri orang.
Pasangan selebriti itu mengenakan persalinan polos putih pada hari bahagia mereka.
Sebelum ini, pengurus Tom, Alan mengesahkan mengenai perkahwinan tersebut yang berlangsung di negara jiran itu.
Alan berkata, ia bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.
“Mereka dijangka akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam nanti. Majlis resepsi mereka akan dibuat selepas Aidilfitri nanti,” katanya.
Sebelum ini, Fuad, 43, dikhabarkan pernah berkahwin dua kali, manakala Tom pula tiga kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Datuk Mokhzani Ismail tidak menafikan jurang sengit yang diterima menerusi dua buah lagu bertanding, Terus Hidup dan Semalam Di Temasek, malam tadi.
Mokhzani berkata, barisan jemaah juri yang terdiri daripada Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY dan Damian, perlu mencari kelainan dalam setiap lagu dan Terus Hidup dan Anugerah Terindah menjadi pilihan.
Bagaimanapun katanya, Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek bersaing rapat.
“Dari 12 lagu, sebanyak tujuh lagu berada dalam genre pop balada. Dua lagu dalam kategori hip hop, iaitu lagu Satu Malam Di Temasek dan Payung Pelangi.
“Sementara dua buah lagu etnik kontemporari iaitu lagu nyanyian Shiha Zikir dan Iman Troye serta sebuah lagi lagu R&B nyanyian Alif Satar & The Locos.
“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat jurang permarkahannya iaitu antara Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek,” katanya.
Terus Hidup yang diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu adalah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul sementara karya Semalam Di Temasek pula dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya Joe Flizzow bersama rakan seperjuangan, SonaOne.
“Dua lagu yang kami merasakan sangat dekat jurang markahnya, iaitu Terus Hidup dan Semalam Di Temasek. Apabila pemarkahan dibuat daripada sudut melodi dan kreativiti, lirik kedua-duanya sangat kuat.
“Daripada segi vokal pula, ada dua aspek. Pertama vokal di dalam album dan kedua persembahan di atas pentas (secara langsung). Kalau kita tengok, Aina turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaik.
“Itu di antara faktor yang mengangkat markah Terus Hidup menjadi sedikit lebih berbanding Semalam Di Temasek. Kalau boleh saya kongsikan, jurang sebanyak dua markah sahaja.
“Begitu juga dengan lagu yang memenangi tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop, balada.
“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat kita diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawa lagu Anugerah Terindah jadi pilihan,” katanya ketika sidang media AJL37.
Mewakili barisan juri bagi edisi AJL tahun ini, beliau menyifatkan pemilihan penyanyi wanita itu sebagai pemenang trofi utama sebagai pilihan yang tepat.
“Bagi saya, saya tidak ragu-ragu mengangkat Aina Abdul. Kalau kita lihat, persembahan ‘live’ Aina menerusi Terus Hidup berbading di dalam album ada sedikit perbezaan.
“Dibawanya persembahan secara langsung melebihi daripada apa yang didengari di dalam album. Garapan yang dibuat Jenny Chin bukan mudah. Kalau kita kaji di segmen akhir lagu itu, ada ‘progression chord’ yang boleh ‘menjerat’ penyanyi.
“Tetapi bahagian-bahagian sedemikian ini telah disampaikan Aina dengan baik. Bagi saya, sebulat suara mengakui Aina Abdul sebagai juara AJL37.
“Tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah yang bersifat luar biasa,” katanya lagi.
Aina turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik sementara Shiha pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama.
Penyanyi popular, Khai Bahar yang membawa saingan dengan lagu Sengsara dipilih sebagai Pemenang Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...