Michael Ang Bidas Ada Lagi Yang ‘Berbunyi’, Sikit Atau Banyak Tetap Tolong! – “Kerajaan Dah Bantu Pun Kau Orang Masih Banyak Bising Tak Puas Hati.”

Share

Umum mengetahui, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan kembali ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sebagai satu inisiatif bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan yang bakal diberikan pihak kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi perutusan khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan langsung semalam, Isnin malam.

Serentak dengan pengumuman berkenaan, ramai yang memberikan reaksi.

Lalu, pengarah dan penerbit Michael Ang misalnya, tampil memberikan pandangan dengan menyatakan rasa kesal terhadap segelintir individu yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan bantuan yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan.

“Apoooo la kau orang ni kerajaan dah bantu pun kau orang masih banyak bising dan tak puas hati! Dah dah la, sikit ke banyak ke pertolongan tu tetap pertolongan kan!

“Tak akan nak suap kau orang 3 meals sehari baru kau orang puas hati! Nasib baik aku bukan PM, kalau aku PM pertolongan yang kerajaan bagi hanya untuk orang dah di vaccine dan register untuk vaccine!

“Kalau tak, tak dapat! Nak ke macam tu? Help the government to help ourselves ok!,” tulisnya.

“Salam semua! Nak ke aku jadi PM! Kalau aku PM tu la yg Aku Akan buat sebab alang dah kena bagi bantuan lagi baik aku dapat sesuatu balik dari kau org!

“Siapa setuju! Hehehehheheh luv u all n be safe!,” tulis Michael pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN