Mia Ahmad Kongsi Foto Percutian Di Jepun Bersama Suami & Anak, Romantisnya!

Share

Pelakon, Mia Ahmad kini berada di negara matahari terbit, Jepun untuk bercuti bersama suami dan anaknya.

Malah, bintang kelahiran Taiping, Perak ini berkongsi momen percutian tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Sayonara Tokyo, Konnichiwa Osaka!,” tulisnya.


Di samping itu, rata-rata peminat juga turut memuji kemesraan pasangan ini yang dikatakan sangat secocok.

Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.

Video : Instagram Mia Ahmad

IKLAN