Pelakon Zahirah MacWilson terdahulu terkenal menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku dan sekali gus memberi sinaran dalam kerjaya seni lakonannya sehingga kini.

Malah, namanya sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila membintangi siri drama rantaian, Curi-Curi Cinta yang bersiaran di Astro RIA mendukung watak Intan Raihana yang sukses.

Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah kekasih hati yang juga bakal suaminya, Aiman Hakim Ridza.

Jadi, jom kita lihat lapan fakta menarik mengenai pelakon jelita ini.

1. Zahirah MacWilson atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol telah dilahirkan pada 1 Februari 1995 di Kuala Lumpur namun dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia.

View this post on Instagram

🎂 T W E N T Y • F O U R | 1.2.95

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

 

2.Zahirah merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Bapa kepada Zahirah, iaitu Zainol Johari MacWilson merupakan bekas penyampai berita dan sehingga kini masih aktif dalam lakonan.

View this post on Instagram

💖💖💖

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

IKLAN

 

3.Selepas itu dia telah memulakan kerjaya sebagai seorang model ketika berusia 12 tahun ketika di bangku sekolah lagi.

 

4.Walaupun memulakan kerjaya model pada usia yang muda, Zahirah tetap mementingkan pendidikan dalam kehidupannya.

 

IKLAN

5.Oleh itu, Zahirah memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.

 

6.Sekitar 2015, nama Zahirah menjadi perbualan apabila menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon kacak Zul Ariffin namun mereka telah berpisah pada awal tahun 2018.

 

IKLAN

7.Semakin menjadi perhatian apabila lakonan Zahirah menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku apabila telah meraih lebih 12 juta penonton untuk kesemua episod yang ditayangkan di TV3.

 

8.Kemudian, Zahirah menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza. Malah difahamkan, pasangan ini sudah pun menjalin hubungan cinta sebelum terlibat sama menerusi drama Curi-Curi Cinta.

9. Pasangan ini telah memaklumkan hubungan percintaan mereka sekitar hujung tahun lalu dan bertunang beberapa bulan lalu, keduanya turut berkongsi foto indah sekitar majlis menerusi media sosial masing-masing.

10. Minggu lalu pasangan sama cantik sama padan ini telah pun mengadakan sidang media khas bagi berkongsi berita gembira, merancang untuk disatukan sebagai suami isteri menjelang Ferbruari 2020. Bagaimanapun, tarikh penuhnya belum lagi dimuktamadkan.

View this post on Instagram

Double decked in @Dior #DiorMY

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Gambar : Instagram Zahirah MacWilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI