Penyanyi yang juga merupakan doktor gigi, Dr. Hafiz Zainal mengakui berasa amat bersyukur kerana impiannya untuk membuka sebuah klinik pergigian miliknya sendiri telah pun tercapai.

Menurut Hafiz, dia menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hadiah terindah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

“Cita-Cita Ini Saya Pegang Sejak Jejakkan Kaki Ke Bumi Mesir,” – Buka Klinik Gigi Pada Usia 29 Tahun, Dr. Hafiz Zainal Syukur “Cita-Cita Ini Saya Pegang Sejak Jejakkan Kaki Ke Bumi Mesir,” – Buka Klinik Gigi Pada Usia 29 Tahun, Dr. Hafiz Zainal Syukur

Katanya lagi, dia sebenarnya telah pun memasang impian tersebut sejak pertama kali dia melangkah ke bumi Mesir untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang amat disukainya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Zainal (@drhafizzainal)

“Alhamdulillah 29 tahun dipinjamkan usia. Tak sangka cita-cita untuk memiliki klinik pergigian sendiri @toothsuitedental sebelum mencecah umur 30 tercapai .

“Cita-cita ni saya pegang sejak daripada saya menjejakkan kaki ke bumi mesir pada tahun 2011 sebagai 1st year dental student di Alexandria University, kemudian sambung ke UKM dental school, sehingga lah graduated with Doctor of Dental Surgery (DDS) U.K. Malaysia,” tulisnya.

IKLAN

Rasa gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Cita-Cita Ini Saya Pegang Sejak Jejakkan Kaki Ke Bumi Mesir,” – Buka Klinik Gigi Pada Usia 29 Tahun, Dr. Hafiz Zainal Syukur “Cita-Cita Ini Saya Pegang Sejak Jejakkan Kaki Ke Bumi Mesir,” – Buka Klinik Gigi Pada Usia 29 Tahun, Dr. Hafiz Zainal Syukur

Dikesempatan itu juga, Hafiz turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini.

“Alhamdulillah, banyak yang membantu and banyak yg bagi encouragement to be a professional singer as well at the same time since 2015

“Thank you Allah and thank you so much kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya. May Allah bless you all,” jelasnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan Hafiz terus sukses pada masa akan datang.

“Happy birthday Hafiz. Have a blast. Your sincere effort deserve this success.

“Wah, tahniah! Achievement unlock. And more to come insyaAllah. Happy birthday.

“MasyaAllah tahniah dik. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat adik dan family.

IKLAN

“Happy birthday doctor. Hopping another achievement will be easier unlock for you,” antara reaksi netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

“Cita-Cita Ini Saya Pegang Sejak Jejakkan Kaki Ke Bumi Mesir,” – Buka Klinik Gigi Pada Usia 29 Tahun, Dr. Hafiz Zainal Syukur

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Dr. Hafiz Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI