#MHTrivia “Bintang 15 Saat,”- Inilah 10 Babak Stan Lee Paling Diingati Sebagai Cameo Filem Superhero Marvel, Super Legend!

Share

Pencipta dan penulis komik, Stan Lee bukan sahaja terkenal dengan watak adiwira ciptaanya, malah mendiang turut popular apabila sering menjadi watak sampingan atau ‘cameo’ untuk kebanyakkan filem-filem Marvel.

Daripada penghantar surat sehinggalah pengawal keselamatan, Stan telah muncul hampir disetiap filem Marvel bermula pada tahun 1998 hinggalah 2018.

Jika anda peminat tegar filem Marvel, sudah tentu anda perasan tentang peranan 15 saat Stan di setiap filem. Jika tidak, mari MH kongsikan memori-memori Stan Lee sepanjang bergelar cameo:

  1. X-Man (2000)

Menerusi filem pertama X-Man itu, Stan telah dilihat muncul sebagai seorang pelanggan yang sedang beratur membeli hotdog di sebuah pantai.

2. Spider-Man (2002)

Untuk filem Spider-Man yang diterbitkan pada 2002, korang boleh saksikan Stan sedang berlari bersama seorang budak perempuan untuk mengelak daripada serangan Green Goblin.

3. Daredevil (2003)

Di dalam filem Daredevil, Stan dilihat sedang membaca surat khabar sambil menunggu masa untuk melintas jalan bersebelahan dengan adiwira buta tersebut.

4. Spider-Man 2 (2004)

Stan sekali lagi muncul di dalam filem Spider-Man 2, tetapi kali ini sebagai orang awam yang memerhatikan penjahat Dr.Octopus sedang melakukan kemusnahan di kawasan bandar.

5. Thor (2011)

Menerusi filem Thor yang diterbitkan pada 2011, korang boleh saksikan Stan sedang memandu sebuah truk putih dalam usaha untuk mencuri ‘Thor Hammer’ yang terhempas di bumi.

6. Captain America: Th First Avenger (2011)

Untuk filem ini, Stan dilihat muncul sebagai pegawai askar berpangkat tinggi yang hadir ke majlis penganugerahan Captain America kerana keberaniannya menyelamatkan orang awam.

7. Avengers Age of Ultron (2015)

Penampilan Stan untuk filem kali ini boleh dikatakan yang paling lucu apabila beliau dilihat tidak dapat mengawal diri selepas minum arak yang berusia 1000 tahun yang dibawa oleh Thor.

8. Doctor Strange (2016)

Bagi filem Docor Strange, Stan boleh dilihat sedang membaca surat khabar dengan aman di dalam sebuah kereta api. Walhal, keadaan di luar kereta api sangatlah kecoh dengan pertarungan diantara Doctor Strange dengan Dormammu.

9. Black Panther (2018)

Stan turut dilihat muncul di dalam filem pertama Black Panther yang diterbitkan pada awal tahun ini. Stan menjadi salah seorang pemain poker ketika T’Challa sedang membuat pengintipan di sebuah kasino

10. Avangers: Infinity War (2018)

Bagi filem ini, korang boleh saksikan Stan menjadi pemandu bas sekolah yang dinaiki oleh Peter Parker. Kemudian dia menarik perhatian penumpang yang lain untuk memudahkan Spider-Man keluar daripada bus tersebut.

Foto: Carian Google

IKLAN