Uncategorized

#MHSpeku: ‘Well-known Productions Lain Tak Kecoh, Nampak Sangat Hauk’ Fathia Luah Kekecewa Di Twitter?

Share

MH agak tertarik dengan persoalan Fathia baru-baru ini di Twitter, mengenai adakah orang merinduinya di TV. Kami akui, kita semua rindu melihat Fathia beraksi dengan skill lakonan mantap yang sering dibawa oleh pelakon berwajah Pan-Asia ini.

Fathia memberitahu dia kini sedang menunggu apa-apa tawaran certia yang sedap, skrip yang baik dan karakter yang terbaik.

Namun entah mengapa tiba-tiba Fathia Latiff telah memuat naik lagi satu kenyataan dengan menyentuh tentang disiplin seseorang. Fathia nampak seperti agak kecewa dengan sikap sesetengah individu di dalam sesebuah produksi.

Katanya sekiranya tidak dipersalahkan kerana datang lambat, sesebuah produksi itu akan mencari kesalahan lain.

Malah, Fathia sempat mempertikaikan kualiti kerja sesebuah produksi dan berkata mereka hanya melakukan kerja cincai dan menunding jari pada orang lain. Fathia turut kecewa apabila produksi tersebut dikatakan langsung tidak menghargai dan buat-buat tidak nampak sumbangan, bakat, percapaian seseorang pelakan dan kebaikan.

Dalam pada itu, Fathia turut meluahkan kekesalannya kerana produksi yang lebih dikenali langsung tidak kecoh seperti produksi yang biasa-biasa ini.

Di akhir tweet Fathia sempat memberitahu mungkin orang lain boleh mencari fasal dengan selebriti yang lain, tetapi bukan dirinya.

Hmmmm, MH rasa mungkin Fathia mungkin terlalu kecewa dengan sikap mentaliti sesetengah produksi yang langsung tidak boleh bertolak ansur dengan selebriti.

MH akui, menjadi seorang selebriti bukanlah mudah, bukan sahaja perlu menghadap tomahan atau kata negatif peminat, kadang kala dengan orang industri sendiri juga sesetengah selebriti harus bersabar untuk berhadapan.

Apapun MH harap Fathia terus bersabar dan jangan mudah mengalah untuk terus berada di dalam industri. MH percaya masih ada peluang untuk Fathia terus bertapak di sini.

IKLAN