Uncategorized

#MHSpeku: Netizen Tuduh Aliff Syukri Suka Curi Gambar Orang?

Share

Eh, benar ke apa yang MH baca ni? Melalui sebuah portal hiburan tempatan, ada pihak mendakwa gambar lampu chandelier yang dimuat naik oleh Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini sebenarnya bukanlah gambar miliknya.

Sebaliknya ia merupakan milik orang lain dan dipercayai Aliff telah memotong gambar tersebut untuk menampakkan gambar tersebut seolah-olah miliknya.

Melalui perkongsiannya ini, salah seorang netizen telah bersuara dan menegur keasalahan Aliff yang dikatakan berkongsi gambar tanpa meletakkan kredit.

Bukan itu sahaja, beberapa netizen juga telah mempersoalkan mengapa kebanyakan gambar-gambar Aliff Syukri sama seperti gambar milik sesetengah pihak.

Sejauh mana kebenarannya tidak kami ketahui. Mungkinkah ia hanya sekadar kebetulan ataupun sebenarnya memang Aliff sudah meminta kebenaran tidak pula kami tahu.

SUMBER: Hangat.com

 

IKLAN