MHSpeku: ‘Me And Kamal Adli Too’-Ini Respon Emma Maembong Di Gambar Mawar, Motif?

Share

Sebenarnya MH tertanya-tanya apa status hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli ni.

Terutamanya setelah Kamal menghadiahkan pelakon tersebut seekor kucing yang dipanggil Siti Fatimah Rohana.

Mana tahu kan hubungan yang terputus di tengah jalan kini sudah bersambung kembali?

Baru-baru ini, pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik foto dia bersama suami, Raf Yaakob makan aiskrim di laman Instagram miliknya.

“Best dapat makan aiskrim fav dengan hubby love,”tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian MH ialah komen Emma di foto tersebut.

“Me and Kamal Adli too! Sedap gila kan?”tulisnya.

Amboi..siap ada aiskrim kegemaran sama tau! Masih ada apa-apa ke?

Mungkin lah Emma maksudkan mengenai aiskrim tapi pada MH macam ada maksud tersembunyi di situ.

Apa-apapun, MH difahamkan bahawa Kamal dan Emma masih lagi berkawan baik. Kalau jodoh kuat antara mereka, MH doakan yang baik-baik sahaja.

 

IKLAN