Jarang terpalit dengan kontroversi terutamanya melibatkan lelaki, Nelydia Senrose kini dikatakan sedang berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta bersama Mr. H yang juga rakan perniagaan Jejai.

#MHSpeku: Ini Ke Kekasih Baru Nelydia? Handsome!

Jika sebelum ini Nelydia pernah menafikan sedang menjalinkan hubungan bersama bekas suami Nora Danish dan Fasha Sandha, kali ini menerusi sebuah portal hiburan mendedahkan sekeping gambar mesra Nelydia bersama seorang lelaki yang dikatakan buah hatinya.

IKLAN

Seperti yang MH katakan tadi, Nelydia memang jarang terpalit dengan gossip-gosip liar, namun spekulasi ini seakan kuat apabila pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini berposing dengan jejaka tersebut dalam keadaan yang rapat, tangan di dada dan dirangkul oleh jejaka berkemeja biru.

IKLAN

#MHSpeku: Ini Ke Kekasih Baru Nelydia? Handsome!

IKLAN

Bagi MH, jika apa yang timbul ini benar, apa salahnya untuk Nelydia merapati jejaka segak seperti itu.

Malah, Nelydia juga tidak terikat dengan mana-mana hubungan bukan? So buat Nelydia, MH doakan yang terbaik buat korang berdua.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI