Fuhhh sejak senarai lagu AJL32 diumumkan, ramai yang cuba menyoalkan mana perginya lagu-lagu lama di dalam industri.
Tetapi MH tahu mereka tidak bermaksud untuk memandang rendah terhadap kualiti lagu newcomer.
Cuma mungkin sebenarnya netizen rindu untuk dengar lagu-lagu lama yang evergreen dan tidak akan jemu didengari sampai bila-bila.
Okay, nak surutkan dan redakan keadaan. MH nak belanja beberapa senarai lagu yang memang budak-budak 90’s selalu dengar dan popular tetapi tidak diputarkan lagi di radio hari ini.
1.Niat – Elyana
Lagu ini pernah menjadi salah satu lagu wajib di pusat-pusat karaoke pada tahun 2001. Malah waktu ini juga nama Elyana sedang naik sehingga mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Malah ketika ini, Elyana juga dikatakan seorang penyanyi remaja yang paling dikenali.
2.Keranamu Kekasih – Illa Sabry
https://youtu.be/KvScM0Y1_tQ
Tak tahu kenapa, bila dengar sahaja lagu ini, MH teringat scene Abby Abadi cemburu tengok Ac Mizal menarik romantik dengan Erra Fazira dalam filem Gerak Khas The Movie. Seriously lagu ni memang mengimbau kenangan betul. Walaupun lagu ini telah diberi nafas baru namun ramai orang masih merindui lagu versi original ini.
3.Kesetiaan – Siti Sarah
Sebut sahaja nama Siti Sarah, pasti lagu Kesetiaan ini akan bermain di minda. Mana tidaknya, lagu ciptaan Ajai dan Musrad ini berjaya menaikkan nama Sarah ke tahap yang cukup tinggi di awal tahun 2000 sehingga dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Ke-10 (2003)
4.Hati Kama – Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Perghhh lagu ni paling nostalgia kalau dengar balik. Mungkin ada yang lupa lagu Irama Malaysia atau kini lebik dikenali sebagai Etnik Kreatif punyai auranya yang tersendiri ketika itu. MH terus terbayang kemeriahan penari yang turut menghiburkan.
5.Gemilang – Jaclyn Victor
Mungkin ada yang tidak tahu lagu Gemilang ini telah dicipta pada tahun 2004 dan mula dinyanyikan sewaktu malam final Malaysia Idol di mana sewaktu Jaclyn telah dinobatkan sebagai juara. Kalau dengar semula lagi ini bukan sahaja sedap, malah lirik lagunya cukup mendalam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI