#MHGlobal [VIDEO] Tragedi Christchurch: “InsyaAllah Kamu Semua Berada Di Syurga,” – Atlet Ragbi, Sonny Bill Kesat Air Mata, Sebak

Share

Pemain bola ragbi terkenal New Zealand, Sonny Bill Williams tidak menahan perasaan sedihnya selepas menonton video tembakan rambang di masjid Linwood, Christchurch jam 1.40 tengah hari tadi dan 8:40 pagi (waktu tempatan).

Perkongsian video Bill itu telah mendapat hampir satu juta tontonan selepas dimuat naik beberapa jam lalu.

“My heart is hurting about the news coming out of Christchurch. Sending love & prayers to the effected families.. can’t believe this has happened in NZ,” tulis Bill.

https://www.instagram.com/sonnybillwilliams/p/BvA67f4nDhp/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1wt05la2sfzho

“Saya tak tahu nak ckp apa sekarang..Saya berdoa untuk keluarga mangsa dan mereka yang telah ditembak. Insyallah kamu semua berada di syurga,” kata Bill sebak.

Bill merakam videonya itu di dalam kereta sambil mengesat air mata dan mendoakan agar mangsa ditempatkan di syurga.

Laporan sehingga kini memaklumkan, 49 mangsa meninggal dunia dan lebih 48 cedera.

Video / Sumber : Instagram Sonny Bill Williams, Fairfax New Zealand

IKLAN