Sekali pandang, Thuch Salik saling tak tumpah seperti kanak-kanak lain yang sering berada di pekarangan Angkor Wat di Kemboja. Sering menghampiri para pengunjung meminta agar mereka membeli cenderamata yang dijualnya.

Namun, siapa sangka di sebalik badan yang kecil itu, Thuch sebenarnya boleh berturut dalam 16 bahasa, hanya dengan belajar melalui interaksi dengan pengunjung.

Mula terkenal apabila seorang pelancong Malaysia yang melawat kawasan itu mengambil masa berbual dengan anak muda berusia 14 tahun itu, Thuch bersungguh-sungguh cuba untuk menjual barangan cenderahatinya itu.

Salik bekerja di kuil Ta Prohm berdekatan dengan Angkor Wat dengan meniaga barangan seperti ‘fridge-magnet’, kipas, beg, poskad dan lain-lain.

Antara bahasa yang dia boleh bertutur adalah Inggeris, Mandarin, Korea, Perancis, Tagalog, Kantonis, Vietnam, Itali dan lain-lain.

Menerusi satu temubual bersama Channel News Asia, Thuch berkongsi cara dia mempelajari bahasa-bahasa tersebut.

IKLAN

#MHGlobal [VIDEO] Thuch Salik, Si Penjual Ole-Ole Umur 14 Tahun Yang Tahu 16 Bahasa. Kisahya Kini Viral 1 Dunia!

“Saya mula menjual pada umur 11 tahun, pada mulanya saya hanya tahu satu bahasa saja. Kemudian saya belajar bahasa Inggeris.

“Selepas itu, mak saya menghantar saya meniaga di Gunung Bak Kheng, di situ ada ramai pelancong China dan dari situ saya belajar bahasa mereka. Jika saya jumpa pelancong China, saya akan terus menyanyi.

IKLAN

“Sama dengan pelancong Inggeris, saya akan menyanyikan lagu-lagu Ed Sheeran dan mereka akan tertarik untuk membeli daripada saya,” katanya.

Kata Ibunya, Mann Vanna, dia sangat terkejut dan terharu apabila mengetahui mengenai ‘populariti’ anaknya itu.

“Saya sangat gembira dan tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini. Dia (Thuch) sangat baik, malah saya sendiri pun tak tahu dia boleh bertutur banyak bahasa.

IKLAN

“Saya tidak sangka dia boleh belajar semua bahasa itu semata-mata untuk meniaga dan membantu keluarga,” katanya lagi.

Namun begitu, anak muda ini masik lagi bersekolah di mana setiap pagi, dia akan ke sekolah dan hanya membantu ibunya meniaga setelah pulang dari sekolahnya.

Sejak videonya viral tempoh hari, keluarganya menerima banyak bantuan dan sumbangan daripada pihak tertentu.

Sumber: Channel News Asia

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI