Nampaknya semakin ramai artis antarabangsa yang ‘beratur’ untuk berkolaborasi dengan grup Kpop, Beyond The Scene atau lebih dikenali sebagai BTS.

Kisahnya, penyanyi Ed Sheeran mengakui dalam satu interview ada membuat lagu yang mungkin grup yang popular dengan lagu Idol itu suka.

Dalam temu bual tersebut, Ed menjawab soalan penonton di laman Twitter, dan ada peminat yang ingin melihat kolaborasi antara dua nama besar itu.

“Saya ingin BTS x Ed Sheeran tapi bila agaknya akan terjadi,” tulis peminat tersebut.

Namun, ini pula yang dibalas penyanyi lagu Perfect itu.

IKLAN

“Sebenarnya saya ada menulis sebuah lagu yang saya rasa mereka akan suka. Saya sangat sukakan BTS,” katanya.

IKLAN

Sebelum ini, Ed juga pernah meninggalkan mengucapkan tahniah terhadap grup tersebut dan memuji album Love Yourself: Answer mereka.

“Cool album,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, filem Burn The Stage: The Movie, sebuah filem yang menceritakan kesusahan dan kepayahan tujuh anak muda itu semasa menjalankan konsert jelajah mereka, tahun lalu.

Filem itu juga berjaya memecahkan rekod jualan tiket untuk genre muzik dokumentari yang sebelum ini dipegang oleh One Direction.

Setakat ini, filem tersebut mengutip lebih RM58 juta di 79 buah negara sejak ditayangkan pada minggu lalu.

Foto/Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI