#MHGlobal Rapper, Iggy Azalea Dikecam Sebab Teruskan Persembahan Meski Penarinya ‘Disampuk’ Sawan Di Atas Pentas. Kasihannya…

Share

Rapper, Iggy Azalea berdepan dengan situasi menakutkan semasa melakukan konsert di Rio De Janeiro, Brazil, baru-baru ini.

Kisahnya, semasa sedang menyanyikan lagu Black Widow, salah seorang daripada tiga orang penari latarnya mengalami sawan di atas pentas!

Bagaimanapun, penyanyi tersebut dilihat tetap meneruskan persembahan seperti biasa hingga tamat lagu sebelum memanggil ahli perubatan bagi mendapatkan bantuan.

Dia kemudiannya meneruskan konsertnya seperti biasa.

Susulan itu, netizen menggelarnya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana mengabaikan salah seorang penari latar.

Kata mereka, rapper itu lebih mementingkan konsert tersebut berbanding keselamatan skuad sendiri.

Tidak mahu terus dikutuk, Iggy memberikan penjelasan mengenai perkara itu menerusi media sosial.

“Kepada mereka yang bertanya, penari latar saya okay, dia mengalami sawan kerana cahaya dan keadaan panas di atas pentas, setelah dibawa ke belakang dia kelihatan lebih baik.

“Saya ingatkan dia jatuh dan terseliuh sebab itulah saya meneruskan persembahan seperti biasa.

“Mungkin ini kedengaran kejam tapi saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan sebab itulah saya teruskan nyanyian.

“Kami semua sangat terkejut dengan insiden ini namun bersyukur dia tidak apa-apa,” katanya lagi.

Foto/Instagram: Iggy Azalea

Sumber: Enews!

IKLAN