Bekas bintang bola sepak, David Beckham berdepan dengan kecaman hebat apabila muat naik foto cium bersama anak perempuannya, Harper yang berusia 7 tahun.
Dalam foto tersebut, kelihatan David memberikan ciuman kepada Harper.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ada beberapa netizen yang mempersoalkan sikap bapa dan anak yang dilihat tidak sesuai memandangkan Harper kini sudah semakin meningkat dewasa.
Ads
Bagaimanapun, kelihatan ramai juga yang mempertahankan David yang juga merupakan suami kepada penyanyi dan pereka feysen, Victoria Beckham.
Ads
Wow! Tak sangka ya di luar negara pun ada isu sebegini juga. Apa-apapun, Beckham hanya mengambil langkah tidak peduli dan tidak layakan para ‘haters’ yang mengecamnya.
Selain Harper, David dan Victoria mempunyai 3 orang anak lelaki iaitu Brooklyn, 19 tahun, Romeo 16 tahun dan Cruz, 13 tahun.
Foto/Instagram: David Beckham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mawar Rashid sentiasa mendoakan kebahagian berpanjangan buat abang iparnya, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Kisahnya, Mawar juga sempat muat naik foto bersama pasangan itu semasa majlis persandingan semula mereka pada Rabu.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Persandingan semula #Fazrene13. Semoga perkahwinan Balong & Kaklong sentiasa dirahmati ALLAH SWT dan berbahagia hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mengatakan bahawa raut wajah Mawar dan Azrene kelihatan seiras.
Mawar sebelum ini berkahwin dengan adik Fazley yang juga merupakan seorang pelakon, Raf Yaakob pada November 2017. Dia kini sedang hamil anak pertama mereka.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.
Bagaimanapun, anak kepada Raf tiba-tiba meminta agar ibu dan bapanya pula yang bersanding.
Menerusi satu video yang dimuat naik pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu di laman Instagramnya, kelihatan kedua-dua anak Raf memohon agar papa dan mummy bersanding semula agar mereka dapat menghadiri majlis tersebut.
“Ok so @raysaachanela wants me and @mawarashid to get marry again. So she and @radenrayyan can attend this time.
“Cos they didn’t attend #MawaRafReception last year. In her mind, surely that place have swimming pool and then she want to terjun blub blub blub.
“I said can, lepas your mummy Rose gave birth to your adik (10th anniversary perhaps). And then Ksya added…”But we must buy kampung first”. Puas kami pikir apa itu kampung. Rupa-rupanya, she meant CROWN,” tulisnya di kapsyen.
Baru-baru ini pelakon, Azrel Ismail ada mendedahkan hubungannya bersama aktres, Ruhainies berakhir mungkin disebabkan dirinya tidak berharta.
Lantaran itu, kenyataan kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Elf Johan sepertinya responnya mengenai isu tersebut.
Meski tidak menyebut nama sesiapa, namun ada meneka ia ditujukan buat pelakon lelaki berkenaan.
Berkongsi di laman Instagram baru-baru ini, Elf memaklumlan, semua orang berhak memberikan pendapat mereka tetapi harus diingat segala perkara di dunia ini ada batasnya.
“Everyone has their opinion in life, tho there is a limit in certain things. Being judged and criticized for something that is not true is menuduh and fitnah. Even the Qur’an says defamation is not forgiven lightly.
“She fell in love with me through who I am. Not for my HARTA but the bigger picture in life. What I’ve done, what I a’m and capable of doing. Which is giving my all, the best there is. I give the best for her because she deserve the best. She deserve everything,” tulisnya.
Jelas Elf lagi, Ruhainies jatuh hati padanya bukanlah disebabkan harta tetapi kerana kebolehannya untuk sentiasa menjadi yang terbaik untuk pelakon tersebut.
Alahai, manis sungguh ucapan Elf ni ye! Apa-apa pun, kita doakan sahaja yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini.
Foto: Twitter Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian datuk pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed merupakan satu memori yang amat menyedihkan buat mereka sekeluarga.
Pastinya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan bersama arwah yang dipanggil ‘Abah’ di kalangan ahli keluarga besarnya; gelak tawa, memori bersama suka dan duka bersama.
Awal semalam, Neelofa turut berkongsi berita sedih itu menerusi IG Storiesnya.
Selain itu, pengacara program MeleTop itu juga turut meluahkan rasa rindunya menerusi IG storiesnya untuk bergilir-gilir (shift) menjaga datuknya, menerusi group WhatsApps mereka.
Terdahulu, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu jam 11:20 malam, di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal. Semoga roh Allahyarham Noor Mohamed dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salah takziah buat keluarga Neelofa dari MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.